Anda suka cukai GST? Gilalah kalau ada yang suka cukai GST membebankan ni! Cuba tanya, mesti ramai minta GST dimansuhkan. Ingat rakyat marhaen macam kita saja yang terbeban dengan GST? Oh, tidak! Lihat sahajalah di muka akhbar. Berapa ramai wajah selebriti tanah air terpampang kerana bermasalah menyelesaikan GST. Terbaru, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil memuat naik sebuah posting di laman Instagramnya berserta gambar bersama Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak. Apa yang menarik perhatian netizen, Pak Nil berkongsi soalan-soalan yang diajukan kepada Najib. “Tak payahlah ada GST ni Datuk Seri," tulisnya. Apa reaksi Najib apabila diajukan soalan sedemikian? Kalau nak tahu, kenalah tonton rancangan barunya 'Bicara Empat Mata' akan datang di mana Pak Nil akan bersua muka dengan PM. "Banyak lagi Pak Nil timbulkan bila berdepan 4 mata dengan PM. Korang kena tonton program Bicara 4 Mata akan datang," tulisnya. Sementara itu, di ruang laman mikro Twitter, Tun Dr Mahathir Mohamad berterima kasih kepada Pak Nil kerana menjadi orang tengah menyuarakan rungutan rakyat. Macam-macam reaksi diberikan netizen. Ada yang suka dan ada yang tak setuju dengan 'suara' Pak Nil tu. Apa kata mereka? Tak sabar nak tengok jawapan macam mana yang akan diberikan PM nanti. - CARI |
3
Bagus |
7
Marah |
3
Terkejut |
7
Sedih |
5
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT