Dulu dikecam gara-gara tak faham Bahasa Inggeris, sekarang Aliff Syukri menjadi bahan kutukan lagi.
Agaknya memang usahawan kosmetik ini sengaja suka mencari perhatian dengan menulis kapsyen yang dianggap bodoh oleh netizen.
Buktinya baru-baru ini dia ada memuat naik satu video di Instagram yang memaklumkan akan berangkat ke tiga buah negara untuk menjalani penggambaran klip video Abang Nak Tegur.
"#abangnaktegur sampai ke 3 negara sekarang kami nak ke spain sepanyol,matrik dan banyak lagi."
Disebabkan itu ramai netizen menjadikannya sebagai bahan lawak. Siap ada yang bertanya di mana letaknya negara Matrik, Spain dan Sepanyol.
Antara komen:
"Betulkan ejaan tu..eja video asyik salah je..anak buah aku 5 tahun pandai mengeja dgn betul..ejaan lain jgn kira lah terabur baq hang..dato ni jutawan tapi sng diperbodohkan. #openyoureyes
"Nak masuk matrik mana xtau"
"Spain - sepanyol sme je"
"Wow dato..mentang2 smlm cakap umur ada tak mcm 18 tahun harini dan2 nak masuk matrik semula..cayalah dato."
Selain itu ramai yang menggesa Aliff Syukri untuk mengambil kelas bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan am dan memperbaiki penguasaan bahasanya.
Alahai Datuk, dah boleh dah dengar apa kata peminat, untuk kebaikan diri sendiri juga kan?-CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|