CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Perlu Beli Di Luar Lagi! Nah, Buat Sendiri Ikan Tenggiri Jeruk Di Rumah

12-12-2017 02:16 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 5567| Komen: 7|Original author: Oleh: Diba S.

Sedapnya! Kecur air liur bila sebut ikan tenggiri jeruk. 

Ia kebiasaannya dimakan dengan nasi putih panas-panas. Anda juga boleh menggunakan Ikan Tenggiri Jeruk untuk masak Nasi Goreng Ikan Masin atau Kailan Ikan Masin. 


Lebih bersih dan jimat kalau tahu buat sendiri kan? Nah resepi Ikan Tenggiri Jeruk khas untuk anda!

Foto: FB Suri Abdullah
Bahan-bahan:
Ikan tenggiri-dibersihkan dan dipotong kecil
Cuka makan
Garam kasar
Asam keeping
Minyak masak

Foto: FB Suri Abdullah

Cara-cara: 

1.Bersihkan ikan tenggiri. Kemudian keringkan di bawah cahaya panas terik matahari selama 2 jam. 
2.Ambil ikan dan celupkan dalam bekas berisi cuka. Kemudian letakkan ikan dalam sebuah bekas dan susun dalam 1 lapisan.
3.Taburkan garam kasar di atas ikan hingga rata dan selitkan kepingan asam keping

Foto: FB Suri Abdullah
4.Celup lagi ikan dalam cuka dan susun menjadi lapisan kedua diikuti taburan garam dan asam keeping. Ulang langkah ini sehingga ikan habis.
5.Tutup penutup berisi ikan dan balut dengan kain berwarna gelap. Simpan ia pada suhu bilik selama seminggu.
6.Setelah cukup 7 hari, keluarkan ikan dari bekas dan buang airnya.
7.Letak ikan dalam bekas bersih dan tuang minyak masak. 

Foto: FB Suri Abdullah
Lagi sedap dan menggiurkan, ikan tenggiri ini boleh digoreng seperti ikan pekasam. Sertakan dengan cili dan bawang dan diberi perahan limau nipis. 

Nyummmmm! Mesti licin pinggan! 

Tunggu apa lagi? Jom cuba buat sendiri! -CARI

Kredit Resipi: FB Suri Abdullah
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kimchipedas 12-12-2017 10:03 PM
Sedapppp meleleh dh ayaq liur ni dok terbayang mkn dgn nasi panas2..
Quote edee_91 13-12-2017 12:05 AM
jap, tujuan balut dengan kain gelap tu sebab nak bagi bacteria hidup kan? tapi bekas tutup rapat kedap udara ke macam mana? macam mana pulak nak galakkan pembetukan bacteria?
Quote sapeka 13-12-2017 01:04 PM
sedap jeruk tenggiri ni
makan nasi bertambah
goreng tabur bawang n cili potong
perah limau
nyum2
Quote AppropriateNick 13-12-2017 02:08 PM
sedap ni masak kailan ikan masin..peh..terangkat..letak dlm masak lemak lagi laaaa!!!!!!...cik suami mmg jatuh chenta abis la..
Quote arek 13-12-2017 04:11 PM
dappp nyeeee
Quote kertas_putih 13-12-2017 04:39 PM
baca cara buat pun dh tertelan air liur..hahahaha
Quote nishgau 13-12-2017 10:02 PM
Wonderful gallery  http://freexbcodes.com

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.031921 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top