Zaman sekarang ni, orang berlumba nak berniaga untuk menjana pendapatan. Tak kiralah produk apa sekalipun, mesti dipaparkan testimoninya dengan tujuan meraih kepercayaan dan menarik pelanggan baru. Persoalannya di sini, betulkah semua testimoni yang dikongsikan tu? Sekarang ni adalah zaman kita bermain dengan teknologi. Macam-macam boleh kita buat termasuk memalsukan testimoni. Tak percaya? Berlambak testimoni palsu di Facebook (FB), Instagram (IG) dan laman sosial lain. Terbaru, seorang pengguna FB berkongsi gambar perbualannya dengan seorang peniaga sebuah produk. Wanita itu meminta khidmat Farah Zakiah untuk menyunting gambar bagi membuat testimoni palsu produknya. "Orang Melayu nak meniaga pun tak nak tolong. Bukannya aku tak bayar!" Eh, eh. Marah pula akak ni bila Farah tidak mahu terjebak, bersubahat membuat testimoni palsu untuk produknya. Memanglah bayar kak oii, tapi tak kesian ke pada mereka yang lain apabila tertipu menggunakan produk awak tu? Itu belum lagi yang dapat kesan buruk akibat menggunakan produk akak. "Aplikasi WhatsApp pun boleh buat testimoni palsu. Ramai pengasas produk kemam-kemam, terus putih...hisap-hisap, terus kurus...tepuk-tepuk, terus glowing. Mereka guna WhatsApp untuk buat testimoni palsu ni. "Mak aii. Begini rupanya cara mereka berniaga. Ini dia contoh produk scam," netizen. Amacam? Kepada anda yang suka sangat percaya dengan testimoni produk di luar tu, berjaga-jagalah ya. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi dah. - CARI |
Bagus |
7
Marah |
2
Terkejut |
12
Sedih |
3
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kechikchomel replied at 14-12-2017 10:42 AM
nak tanya...
kalau product review kat Lazada/Zalora?Shopee tu buyer boleh delete tak?
slalu kalau ...
cewekbopot replied at 14-12-2017 11:13 AM
prasan gak ni..nama len2 tapi cara penulisan sama! typo smua sama
seb_baik replied at 15-12-2017 08:47 AM
klu aku mmg rajin buat review kat zalora/lazada/shoppee/11street bagai tu sbb aku suka baca review ...
ADVERTISEMENT