CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Pengsan Tengok Caj Uber Sampai RM75 Ribu..

14-12-2017 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4655| Komen: 23

Terkejut besar dibuatnya bila seorang pengguna mendapati caj yang dikenakan ke atasnya bagi sebuah Uber ialah As$18,518 atau bersamaan RM75,694!

Awani melaporkan mangsa, Hisham Salama menggunakan Uber untuk ke Hospital St Joseph yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari rumahnya di Toronto, Kanada pada Jumaat lalu. 

Pada awalnya dia cuma ketawa melihat caj berkenaan, namun selepas membuat pembayaran menggunakan kad kredit dia menyedari kesilapan itu menerusi penyata kad tersebut. 

Yang lebih mengejutkan, wakil Uber yang dihubunginya berkata tiada kesilapan terhadap caj berkenaan. 

"Tak ada orang yang waras akan mengatakan tambang perjalanan yang memakan masa 20 minit ialah AS$18,000," katanya kepada portal Vice. 


Namun, selepas kisah lelaki itu tular di media sosial, barulah Uber mengeluarkan permohonan maaf dan memulangkan semula duitnya. 

"Kami mohon maaf kepada penumpang terbabit dan telah pun memulangkan wangnya.

"Kami telah mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan hal seumpama ini terjadi lagi," kata Uber dalam satu kenyataan. 
9

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • rosasen

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemokgila 14-12-2017 11:14 AM
Dah tular baru nak ambil tindakan. Kalau tgok reply mula2 tu cam xnak layan. Uber dah jadi geng umngok jua ke?
Quote MH3707 14-12-2017 11:18 AM
duit rupiah kot...
Quote PersonaGerek 14-12-2017 11:27 AM
kalah harge naek kapal terbang....
Quote faraway1 14-12-2017 11:28 AM
wah banyaknya  kredit limit dia
Quote tayam 14-12-2017 11:30 AM
mahal giler..
Quote matchstick 14-12-2017 11:35 AM
Boleh beli sebuah kereta tak perlu tumpang uber lagi
Quote prettyuglybabe 14-12-2017 11:38 AM
dah tengok charge macam tu pun dia proceed untuk naik and bayar?
Quote chinta89 14-12-2017 11:42 AM
kalau skg ni zaman takde teknologi, takde tular tular nih, ak rse deols buat tak tahu je nk pulangkan duit tuh..
Quote namieamuro 14-12-2017 12:01 PM
gile mahal..nak tnye..cas yellow cab sane same mahal mcm sini ke?
Quote helicornia 14-12-2017 12:29 PM
70k baik beli kete sendiri
Quote shamsadis 14-12-2017 12:53 PM
faraway1 replied at 14-12-2017 11:28 AM
wah banyaknya  kredit limit dia

kalau kat oversea, bank bagi kad kredit limit hingga RM250K
Quote batmana 14-12-2017 01:06 PM
sumber bahan api kete pakai emas agknya
Quote palmolive 14-12-2017 01:08 PM
kalo tak tular tu sampai selamanyer Uber cakap dia betul...
Quote judicata 14-12-2017 01:23 PM
eleh. siap kata org tu tukar destination lain dari input so charge guna time & distance. dey. time pun 20 min. distance pun brp km je. nak menipu pun agak2 la uber sampai nak caj rm18k
Quote iloveselangor 14-12-2017 05:21 PM
Boikot uber!

Bila acik2 nak kempen?
Quote L_Z 14-12-2017 08:17 PM
Canada makin bongok dan bodoh  rakyat nya.....
Quote azimodin 15-12-2017 10:43 AM
shamsadis replied at 14-12-2017 12:53 PM
kalau kat oversea, bank bagi kad kredit limit hingga RM250K

owh, patut la baru ni tengok rancangan orang obses dengan plastik surgery ada hutang 100,000 tapi kerja ala2 model sendu
Quote Vokuro 15-12-2017 10:45 AM
ini masalah customer support yang kerja macam robot, tiada konsep common sense.
Quote Vokuro 15-12-2017 10:46 AM
matchstick replied at 14-12-2017 11:35 AM
Boleh beli sebuah kereta tak perlu tumpang uber lagi

naik uber tak semestinya tak ada kereta dek. sekarang acik.kepam keluar lunch pun naik uber. senang tak payah fikir pasal parking bagai

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.147200 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top