Baru-baru ini jutawan kosmetik DS Aliff Syukri melancarkan single terbarunya, Abang Nak Tegur yang sehingga kini telah mendapat tontonan sebanyak 3.1 juta. Bagaimanapun ramai yang tidak suka dengan lagu tersebut sehingga mendapat ‘dislike’ sebanyak 302 000 berbanding like iaitu sebanyak 40 000. Lagu tersebut adalah terbitan KRU Music gandingan suara DS Aliff Syukri dan Nur Sajat.
Peminat membanjiri laman Youtube dan mengatakan isi hati mereka yang mahukan ‘remake’ gandingan Aliff dan isterinya. Setelah ‘merayu’ kepada isterinya Datin Nur Shahida, akhirnya lagu Abang Nak Tegur versi 2.0 dilancarkan pada 12 Disember. Video ini mendapat sambutan hangat dari ramai penonton. Sehingga kini video tersebut telah ‘trending’ nombor satu di carta Youtube Malaysia dan mendapat like yang lebih banyak berbanding 'dislike' iaitu 143 000 'like'. Wow! Nampaknya percaturan DS Aliff Syukri menjadi kali ini. Ramai penonton menyukai gelagat mereka suami isteri dalam klip video tersebut dan merasakan suara feminin isterinya lebih sesuai diadunkan di dalam lagu tersebut berbanding Nur Sajat. Banyak komen memuji-muji lagu dan lakonan kemesraan mereka. Penonton juga percaya lagu ini mempunyai banyak nasihat berguna kepada pasangan bercinta. Mereka menyifatkan duet suami isteri jutawan ini lebih baik daripada versi asal lagu ini. Walau apapun tahniah pada DS Aliff Syukri dan isterinya. Selepas merintih melihat klip video terdahulu mempunyai banyak ‘dislike’ kini dia boleh menarik nafas lega. - CARI
|
bukan_ustazah replied at 14-12-2017 03:29 PM
Gossip diorang ni memang pusing2 eh. minggu ni kau minggu depan aku minggu depan kau balik smp abang ...
hanglipolopo replied at 14-12-2017 03:32 PM
Still annoying..
estrelle replied at 14-12-2017 03:36 PM
Abam jat dalam pic tak nampak halkum ya.
katibism replied at 14-12-2017 03:51 PM
Haha..kesian Sajat diNYAHkan (nyah bermaksud disingkir. Nyah kau dari sini) {:give
MatDeghem replied at 14-12-2017 04:01 PM
Cara business artist melayu macam gini lah..... Bagus atau tidak...tak penting. Yg penting Trending, ...
tumpanglalu74 replied at 14-12-2017 04:01 PM
Paling mithali dalam sejarah melayu moden..
Patot sangat la ko sekali-sekale bele anak ...
BookerT replied at 14-12-2017 04:07 PM
sejak bila rakyat malaysia pentingkan hiburan yang bagus atau tidak nyah?
ADVERTISEMENT