November lalu genap setahun bercinta dengan Uqasha Senrose akhirnya pengacara tv, Hefny Sahad mengakui tentang hubungan mereka yang sedang melalui fasa lebih serius. Sebelum ini Uqasha ada berkongsi mengenai berita pertunangannya namun menyembunyikan tarikh majlis tersebut. Baru-baru ini pula berita mengenai perkahwinan mereka hangat diperkatakan setelah kedua-duanya dilihat kerap kali bersama dan memuat naik gambar mesra. Pengacara program Muzik-Muzik berusia 30 tahun itu mengakui telah mendapatkan restu daripada kedua-dua belah keluarga dan merancang untuk melamar Uqasha tidak lama lagi. “Kami sudah berbincang tentang itu (berkahwin). InsyaAllah jika tak ada halangan dan dengan rezeki Allah SWT untuk mempermudahkan segala-galanya, Saya berharap agar urusan membina masjid bersama Uqasha ini berjalan lancar seperti dirancang bersama pada hujung tahun depan. "Saya memang mahu memperisterikan dia dalam waktu segera tetapi kami perlukan masa untuk membuat persiapan,” katanya dipetik laporan sebuah akhbar tempatan. Tahu tentang alam perkahwinan yang penuh cabaran, Hefny juga mengakui sedang membuat persiapan sebelum menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami. “Persediaan dari segi persediaan mental, mengukuhkan kewangan sedia ada dan mendalami lagi ilmu agama dalam diri sendiri, sebelum saya menjadi ketua keluarga itu sangat penting,” ujarnya. Hefny juga berjanji akan berkongsi detik-detik manis tersebut bersama peminat-peminat mereka. Dia memilih untuk bersikap terbuka tentang hubungan istimewa mereka supaya tiada salah faham yang akan timbul pada masa akan datang. “Saya memilih untuk kongsi kepada umum apabila sampai masa, itu janji saya. Benda yang baik, takkanlah saya nak berahsia asalkan kita tidak langgar undang-undang dan norma masyarakat orang Melayu,” jelasnya. - CARI
|
12
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
6
Sedih |
10
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Aduradura replied at 15-12-2017 04:50 PM
iols dengar interview uqashahefny aritu, theyolls cakap nk nikah akhir 2018....rase macam awal sgt b ...
Aduradura replied at 15-12-2017 04:50 PM
iols dengar interview uqashahefny aritu, theyolls cakap nk nikah akhir 2018....rase macam awal sgt b ...
che-cikL replied at 15-12-2017 04:50 PM
Macam pernah baca statement camni? FK dan DD kan? masa planning kata "akan kawin next year". Pastu k ...
hyie replied at 15-12-2017 11:05 PM
hefny ni ada aura hensem, tapi tah kenapa meos rasa heols ni macam kepam...bukan kepam bau badan ya ...
kiah_mai_pulak replied at 15-12-2017 05:42 PM
Rasanya awal tahun depan dorang declared dah clash... mcm x kena je hefny ngn uqa.. hefny ni sesuai ...
Madel replied at 15-12-2017 06:56 PM
Sbb nkorang couple yg who r yus.
Selamat la korang dari kena hentam dgn batak2 haters n fans.:laugh ...
Carcosa replied at 15-12-2017 10:39 PM
Apaaaaa lah si Uqasha ni pandang si Hefny ni hoiiii. Mcm desperado si Uqa ni lps putus (katanyaaa) d ...
ADVERTISEMENT