Semua orang memerlukan makanan. Siapa sahaja boleh menolak jika makanan sudah di depan mata, kan? Setiap orang memiliki makanan kegemaran masing-masing. Namun, hati-hati, banyak makanan yang biasa kita 'telan' boleh mengundang penyakit.
Jadi, anda perlu pandai memilih, ya! Jangan terlalu ikutkan 'rasa sedap' sampai mengundang padah pula. Seperti dipetik dari Berita Trendz, makanan berikut dapat mempengaruhi perasaan seseorang. Aik, serius lah makanan berikut dapat membuat kita jadi cemas, tidak tenang, dan ada kala jantung terasa berdegup laju? Makanan apa je tu?
1) Makanan Olahan, Apa tu? Makanan olahan adalah makanan yang perlu diubah sebelum dimakan. Ia perlu dimasukkan ke dalam microwave, digoreng atau sebagainya. Antaranya adalah sosej, susu, bijirin sarapan, makanan ringan seperti kerepek dan banyak lagi. 2) Makanan manis Makanan manis akan menjadikan anda cepat cemas. Ia juga mengandungi gula yang boleh meningkatkan tenaga, namun apabila bertembung dengan rasa cemas, maka terhasillah tubuh yang cepat lelah. 3) Makanan/minuman beralkohol Seperti sedia maklum, makanan atau minuman beralkohol bersifat memabukkan. Selain merosakkan minda, ia juga akan menyebabkan rasa cemas luar biasa bagi peminumnya, lantas membuat mereka berasa tertekan. Jadi awas ya, sahabat! Jangan sesekali ingin mencuba. 4) Makanan/minuman bersoda Makanan mahupun bersoda boleh meningkatkan rasa cemas anda. Sebaiknya, perlu dielakkan atau jangan diambil berlebihan. 5) Kopi Umum tahu kopi juga salah satu minuman yang boleh membuat anda berasa cemas kalau diambil secara berlebihan. Tetapi, kopi akan menjadi teman baik di kala anda ingin mencari idea yang bernas pula. Eh, makanan berikut dapat hilangkan stress pula? Ajaibnya! Coklat Hitam, oatmeal, pisang, gajus dan juga teh hijau pula merupakan makanan yang boleh menenangkan kita di kala resah. Nah, sekarang anda sudah tahu makanan apa yang boleh mendorong anda berasa panik. Bagi menjadikan hidup anda lebih 'tenang' dna sihat, ambil makanan seperti di atas untuk membuatkan hidup anda terasa lebih nyaman. Semoga bermanfaat! - CARI
|
16
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
24
Sedih |
21
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
onexox97 replied at 19-12-2017 10:37 PM
makanan olahan ???
ADVERTISEMENT