Jika sebelum ini tular di laman sosial dan juga aplikasi Whatsapp tentang amaran pengganas menyuntik virus HIV kepada orang ramai, namun pihak polis telah menafikan hal tersebut.
Memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menafikan ibu pejabat polis Bukit Aman ada mengeluarkan amaran berkenaan. Ia kononnya dilakukan oleh mereka yang menyamar sebagai wakil dari kolej perubatan yang melakukan ujian gula dalam darah secara percuma. “Bukit Aman tidak pernah mengeluarkan mesej sedemikian. Saya harap orang ramai tidak percaya dengan mesej itu,” katanya. Namun, beliau tetap meminta orang ramai supaya berhati-hati sekiranya dikunjungi individu tidak dikenali ketika berada di rumah bagi mengelakkan masalah seperti samun, penipuan dan sebagainya.
|
ADVERTISEMENT