CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azwan Ali Dipanggil SPRM, Tak Nak Termakan Pujuk Rayu Azmin Lagi

19-12-2017 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5876| Komen: 27

Azwan Ali akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkenaan dakwaan isu salah guna kuasa yang melibatkan anggota keluarganya.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki juga telah mengesahkan perkara ini.

Walau bagaimanapun pengacara kontroversi itu ketika dibungi Malaysiakini berkata,

"Saya minta maaf (tak boleh sahkan kehadiran esok). Tapi kalau betul pun terjadi (saya hadir), I believe it's gonna be a real shit for nation."

Foto: mStar Online
Pertemuan tersebut dijangka berlangsung di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi, Rabu.


Sebelum ini Azwan berikrar untuk menjahanamkan Azmin dan mengugut untuk mendedahkan rahsia abangnya yang sudah sekian lama disimpan.

Azwan juga menegaskan dia tidak akan termakan lagi dengan pujuk rayu abangnya lagi selepas ini.

"Perkara itu (panggilan SPRM) juga menjadi suatu yang mendebarkan saya termasuk awak kan. “Saya tak pernah pergi SPRM. Tak pernah dalam sejarah hidup saya ke SPRM, jadi ia macam dalam mimpilah.

"Tetapi apa pun perjuangan saya untuk menentang Azmin Ali tak akan berhenti. Dia pujuklah, dia katalah apa yang indah tentang Azwan Ali tidak dilayan dah."-CARI
5

Bagus
13

Marah
3

Terkejut
13

Sedih
4

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 19-12-2017 04:03 PM
Azmin Ali membaca petikan dalam bible dalam salah satu ucapan beliau....

nasihatkan kepadanya..."bertaubat lah sebelum terlambat"....
Quote EJALTI 19-12-2017 04:29 PM
Edited by EJALTI at 19-12-2017 08:31 AM

SPRM Akan Jumpa Azwan Ali

http://www.mstar.com.my/berita/b ... 9/sprm-jumpa-azwan/

Diterbitkan: Selasa, 19 Disember 2017 2:35 PM

Oleh:THE STAR



Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... XbEUtzuf1MY8zVqq.99


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berjumpa dengan pengacara kontroversi, Azwan Ali pada Rabu sehubungan dengan dakwaan personaliti itu terhadap abangnya, Datuk Seri Azmin Ali yang terlibat dengan rasuah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Razali Ibrahim berkata mengenai perkara tersebut selepas bertemu dengan Azwan yang merupakan adik kepada Menteri Besar Selangor itu di Parlimen pada Isnin.

"Saya beritahu kepada beliau (Azwan), pihak terbaik untuk beliau failkan aduan adalah kepada SPRM.

"Walaupun saya bertanggungjawab ke atas SPRM (hal ehwal), saya bukan berada di posisi yang membolehkan saya mengambil tindakan," kata beliau.

Razali berkata, dalam tempoh dua jam pertemuannya dengan Azwan, pengacara itu turut cuba menunjukkan dokumen yang berkaitan dengan dakwaan rasuah tersebut, namun beliau menolak untuk mengkaji mengenai dokumen terbabit dengan berkata ia boleh menganggu sebarang proses siasatan pada masa akan datang.

"Saya tidak mahu melihat dokumen itu kerana saya bukan badan agensi yang menyiasat hal tersebut.

"Kita tidak perlu membuat spekulasi tentang apa-apa dan biarkan SPRM lakukan kerja mereka. Ia bukan tugas kita untuk menentukan sama ada bukti yang diberikan itu benar atau tidak," katanya.

Razali berkata selepas pertemuan itu, beliau memberitahu pihak SPRM mengenai perkara itu dan mereka bersetuju untuk berjumpa dengan Azwan.

"Mereka telah menetapkan Rabu ini untuk mengadakan pertemuan itu," kata beliau.

Quote Deidra 19-12-2017 04:30 PM
Apa-apa jaa laaa bha.asal ekau bahgia
Quote zidane_ziege 19-12-2017 04:46 PM
guna selagi boleh..
Quote sofiazara 19-12-2017 04:51 PM
jangan jadi teoh beng hock yach, terjun bangunan sprm sebab stress sangat
Quote kecimpret 19-12-2017 04:52 PM
SPRM caya ke ckp ahkak azwan ni
Quote noor2 19-12-2017 04:56 PM
Sebuah keluarga Islam yang saling menentang antara satu sama lain. ....dan tak menghormati kedua ibu bapa. .. ..satu Malaysia baca kisah keluarga mereka disebabkan kebodohan mereka sendiri yang saling mengaibkan sesama sendiri dari dulu sampai mati agaknya ...memalukan dan menyedihkan adik beradik sedarah sedaging saling bergaduh depan umum......
Quote devilito2 19-12-2017 05:18 PM
semoga disambung semula silatulrahim adik beradik ni...
Quote adm7 19-12-2017 05:22 PM
Kalau tak salah apa nk ditakutkan..
Lawan tetap lawan
Quote nolya 19-12-2017 06:55 PM
adm7 replied at 19-12-2017 05:22 PM
Kalau tak salah apa nk ditakutkan..
Lawan tetap lawan

mengaibkan orang, apa lagi sdr sendiri pun sudah salah besar. Jgnlah terlalu angkuh menghukum sedangkan salah diri kpd alm ibunya, sempatkah dia minta maaf sebelum ibunya pergi.   Tetiba Allah herotkan mulut dia baru dia tau nanti.  Silap2 terkucil kata, polis tu pula nanti akan dimaki carutnya.
Quote jazaa100 19-12-2017 07:08 PM
nolya replied at 19-12-2017 06:55 PM
mengaibkan orang, apa lagi sdr sendiri pun sudah salah besar. Jgnlah terlalu angkuh menghukum seda ...

Ibu dia dah pergi pun dia tetap berkokok aibkan ibu...

Apa heran klu dia aibkn abg dia.....
Quote MatDeghem 19-12-2017 08:43 PM




Tiang UMNO
Quote MatDeghem 19-12-2017 08:48 PM



azwan ali 4.png

gila punya orang

Quote kroit92 19-12-2017 08:48 PM
"Air dicincang, tak akan put-... wait a second.."

"Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercant-.. bukan bukan bukan.."

pepatah pepatah ni dah tak boleh guna zaman sekarang. aiyo
Quote nolya 19-12-2017 09:26 PM
jazaa100 replied at 19-12-2017 07:08 PM
Ibu dia dah pergi pun dia tetap berkokok aibkan ibu...

Apa heran klu dia aibkn abg dia.....

Betapa kita semua mat menyayang dn sesalkan kpd sikap Azwan skr ni.  Betapa dulu dia adalah seorang celebriti yg pernah ada di persada entertainment dn sempat dikagumi bakatnya sbg pemandu acara program2 hiburan tv. Akan tetapi hari ini semua orang ngeri dgn mulutnya. Tak semena2 dia mudah mengucapkan cacian maki hamun, menganjing2kan orang lain. Begitu hina dia memaki tetapi dia lupa imbasnya balik kpd diri dia sendiri. Azwan bukan tak punya pelajaran, tetapi kelulusan dn kebolehan serta bakatnya yg ada tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Jgn pula Azwan salahkan pihak lain bila dia tak ade job, tetapi itulah kalau dpt kita mengerti kerana mulut badan binasa, mulut celupar orang tak suka.
Quote scorpionkiki 19-12-2017 09:30 PM
Attention seeker sungguh dia ni
Quote plentyofmoney 19-12-2017 09:40 PM
nolya replied at 19-12-2017 06:55 PM
mengaibkan orang, apa lagi sdr sendiri pun sudah salah besar. Jgnlah terlalu angkuh menghukum seda ...

yang doakan orang herot muka lagi jahanam dari yang buka salahlaku orang

kau siapa nak ajar tuhan herotkan muka orang ni, heretkan hidung orang tu???


Quote nolya 19-12-2017 09:48 PM
plentyofmoney replied at 19-12-2017 09:40 PM
yang doakan orang herot muka lagi jahanam dari yang buka salahlaku orang

kau siapa nak ajar tuh ...

eh, eh...ada pulak si burung jampuk.
Quote plentyofmoney 19-12-2017 09:50 PM
nolya replied at 19-12-2017 09:48 PM
eh, eh...ada pulak si burung jampuk.

aku cakap benda betul

orang baik tak doakan orang lain mulut herot

fight fair la, dgn akal bukan dgn emosi

ada ngerti???





Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.046184 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top