Apa jadi dengan penutup lubang di jalan raya di Malaysia? Berkeladak? Berlubang atau akhirnya dicuri?
Ia perkara biasa kan? Maklumlah apa sahaja yang berkaitan besi pastinya ‘mendapat perhatian’. Lupakan seketika hal itu kerana ada cerita menarik mengenai penutup lubang di Jepun. Ya, selain kebersihan dan budi bahasa masyarakat Jepun, ada sahaja teknologi atau budaya yang perlu dicontohi oleh bangsa lain. Bukan sebarang penutup lubang - kerana di Jepun, bahagian atas penutup tersebut dilukis motif yang menggambarkan budaya dan seni sesuatu kawasan. Sebanyak 12,000 motif ukiran tutup lubang boleh ditemui di seluruh Jepun. Misalnya di Ise, ukirannya menggambarkan sekelompok warga pada zaman Edo berziarah di Kuil Ise. Ada juga yang memotretkan gaya tradisional sementara sisinya pula dihias dengan rekaan ala manga dan anime. Malahan pemandangan tempat-tempat terkenal seperti Gunung Fuji dan Teluk Yokohama juga dijadikan motif lukisan. Unik dan cantik inilah yang menarik perhatian para pelancong yang mengetahuinya melalui Instagram atau Twitter. “Ia adalah budaya yang boleh kami banggakan," kata Hideto Yamada, pemimpin Gesuido Koho Purattofomu (peminat seni penutup lubang) kepada Japan Times. Kumpulan ini terdiri daripada golongan profesional. Sangat hebat negera sakura hingga mempunyai kelab khusus! Sejarahnya bermula sejak tahun 1980-an dibawah Kementerian Infrastruktur yang bertujuan meningkatkan sistem pembentungan di negera matahari terbit. Tampaknya ia bukan sahaja mencantikkan sistem pembentungan malah menjadi daya penarik pelbagai lapisan masyarakat. Mengambil populariti ini, kerajaan Jepun mengambil inisiatif mengeluarkan kad bergambar penutup lubang yang pelbagai motif ini dan ternyata ia benar-benar popular hingga diulang cetak sebanyak 30,000 lembar. Antara peminatnya adalah Hidetoshi Ishii, pegawai di Tokyo, berusia 60-an ini menghabiskan masa lebih 20 tahun untuk mengumpul penutup lubang seni ini di setiap penjuru Jepun. Bermodal basikal lipat dan gulungan peta, dia sudah mengelilingi 1,700 daerah lalu mengumpulkan 4,500 foto. "Rasanya seperti menemui permata. Ia membuat saya tersenyum," tuturnya. - CARI |
7
Bagus |
11
Marah |
8
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cairel_azlie replied at 20-12-2017 10:33 AM
kalau dekat Malaysia dah ghaib benda ni kena kutip dengan MAT KILO! haha
ADVERTISEMENT