|
Tahun 2017 menyaksikan kemunculan pelbagai fesyen yang menarik dan tidak kurang juga yang pelik.
Penyanyi popular dari tanah seberang, Melly Goeslow juga tidak terkecuali dalam menggayakan fesyen yang dirasakan seiring dengan peredaran zaman. Semenjak berhijab, dia sering kali menerima kritikan mengenai fesyen hijab yang dikenakan olehnya. Baru-baru ini, sekali lagi fesyennya menjadi bualan hangat netizen apabila dia mengenakan fesyen hijab yang pelik.
Melalui beberapa keping foto yang dimuat naik ke akaun instagram miliknya, @melly_goeslow, dia digambarkan sebagai 'Ibu kepada alam semesta' apabila mengenakan busana dan hijab yang bercirikan futuristik dan moden sambil diserikan lagi dengan bantuan lampu LED. Menariknya, pakaian yang dikenakan oleh Melly menampakkan badannya seolah-olah mengeluarkan cahaya. Difahamkan Melly mengenakan baju tersebut untuk sebuah acara pertunjukan fesyen di mana dia turut menyanyikan lagu terbarunya yang berjudul 'Hara'. Agak-agak ada yang sanggup tak pakai macam ni? - CARI |
|
18
![]() Bagus |
17
![]() Marah |
16
![]() Terkejut |
17
![]() Sedih |
17
![]() Lawak |
18
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.232461 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.