Akibat terlanggar dengan seekor babi, seorang kontraktor pendawaian elektrik menderita lumpuh seluruh badan. Kini, Amirul Asraf Mohd Ismail, 31 hanya minum susu khas yang disalur melalui tiub ke perut yang ditebuk selain terpaksa menggunakan lampin pakai buang.
Sinar Harian melaporkan anak kedua daripada tujuh beradik itu koma seminggu di ICU Hospital Taiping sebelum dipindah ke wad lain selama 16 hari. “Setelah dirawat selama 23 hari di Hospital Taiping, sebahagian tempurung kepala bahagian kanan Amirul Asraf turut dipotong sebelum disimpan di dalam perut bahagian kiri bagi mengeluarkan darah beku di dalam kepalanya,” kata ibunya, Maznah Mohamad, 53. Wanita itu kini buntu memikirkan kos rawatan anaknya kerana suami hanya pekerja ladang sawit dengan upah kurang RM1,000 sebulan.
Bagi yang sudi meringankan beban mereka, boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Maybank 158051710285 atau menghubunginya melalui talian 011-36441702.
|
12
Bagus |
19
Marah |
16
Terkejut |
12
Sedih |
17
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT