CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kami Sekeluarga Tertekan' - Bapa Murid

20-12-2017 10:01 AM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 13102| Komen: 119

"Saya akan menjelaskan mengenai apa sebenar yang berlaku, esok. Sekarang ini kami sekeluarga menerima terlalu banyak tekanan."

Itulah yang dikatakan oleh bapa kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang didakwa menghadapi masalah disiplin.


Kes ini memang terlalu hangat diperkatakan kerana ia menyebabkan cikgu tersebut, Azizan Manap, 44 atau cikgu Azizan diheret ke mahkamah susulan ibu bapa murid ini yang ingin menyamannya. 

Memetik Harian Metro, bapa murid itu yang berusia 50 tahun mendakwa mendapat banyak tekanan daripada pelbagai pihak selepas kes berkenaan menjadi tular.

"Saya belum bersedia untuk ditemubual kerana menerima terlalu banyak tekanan," katanya lagi, memetik Berita Harian.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Md Fakarudin Ab Rahman meminta orang ramai tidak menghakimi murid terbabit dan keluarganya.



"Bapa murid berkenaan membuat laporan polis kerana diminta oleh pihak hospital selepas anaknya dibawa mendapatkan rawatan selepas kejadian.

"Dia sebenarnya hanya mengikut prosedur sehingga kes dibawa ke mahkamah. Bukan bapa murid itu yang menyaman Cikgu Azizan di mahkamah," katanya. 
4

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jahcomel 20-12-2017 09:46 AM
sian jgk pakcik nih...idup tertekan pulak
Quote dodolgemok 20-12-2017 09:50 AM
Drama tambahan? Cash!
Quote zulka 20-12-2017 09:52 AM
wartawan ke tu yg temuramah pakcik tu?..dia tak bersenam ke.. tengok perut
Quote Deidra 20-12-2017 10:11 AM
Tertekan kerrr
Quote Rainrein 20-12-2017 10:13 AM
Yela pacik. Pape je la.
Quote chinta89 20-12-2017 10:16 AM
anak yg buat hal... bapaknya yg teruk sakit kepala dan tertekan.

bebudak buat taik kat makpak, x pk mcmne makpak nk hadapi tekanan2 bagai ni. makpak opkos la akan menangkan anak sb sayang anak tak bertempat. even dh tau anak tu jahat mcm setan.. atau anak kat depan baik mcm malaikat sgt tp kat blkg mcm setan.
Quote ~boolean 20-12-2017 10:18 AM
Habis kau ingat parents pelajar2 yang dibuli anak celaka kau tu tak tertekan?
Cikgu yang kena ngajar anak tak guna kau tu tak tertekan?
Pibg nak handle pelajar bermasalah macam anak kau tak tertekan?
Quote NekNgah 20-12-2017 10:20 AM
Nak juga dengar cerita dari satu pihak lagi - keluarga anak ini.

Yes, another drama.  Tapi nak kena juga tahu latarbelakang anak dan keluarga ini.  Tahap kecederaaan yang dialami....

Sokong Cikgu Azizan tapi nak juga tahu tindakan-tindakan lain yang telah diambil oleh sekolah.
Katanya memang nakal, bukan kejadian pertama, tapi keluarga tidak diberitahu????



Quote nolya 20-12-2017 10:21 AM
jahcomel replied at 20-12-2017 09:46 AM
sian jgk pakcik nih...idup tertekan pulak

Tau anak dia seumur 11 thn dah isap gam, malah ada bibit2 perangai gangster,  dia tak rasa tertekan ke. Fikir2, kenapa anak dia boleh jdi mcm tu. Peranan dia sbg bapa letak kat mane?
Quote noor2 20-12-2017 10:21 AM
Didiklah anak2 kita menjadi baik dan menghormati kawan2. ..guru. ..dan masyarakat. ...semua bermula dari kita ibu bapa....
Quote grouper 20-12-2017 10:25 AM
Apa fb pkcik ni..nk jugak baca komen yg buat dia tertekan tu..btw klau bukan pkcik ni yg saman cikgu tu mksudnya pihak hospital yg saman ke sape...teruk ke kecederaan bdk gangster tu?
Quote nadna 20-12-2017 10:28 AM
Hari ni katanya nak buat sidang akhbar.Jadi tunggulah apa cerita
Quote vanillaninja 20-12-2017 10:32 AM
grouper replied at 20-12-2017 02:25 AM
Apa fb pkcik ni..nk jugak baca komen yg buat dia tertekan tu..btw klau bukan pkcik ni yg saman cikgu ...

Bukan saman. Ni bukan kes sivil. Pihak hospital yang advise the father untuk buat police report berdasarkan kecederaan anaknya tu.
Quote noraidil_06 20-12-2017 11:01 AM
Biasa la judge dulu, br korek cerita sebenar. Pray la konon.cerita hujung pangkal tatau pun.
Quote cmf_premierleag 20-12-2017 11:04 AM
patutnya pakcik ni belasah je anak tu sendiri
ye le, esok2 anak ko pengaruh anak orang lain, ko ingat parents diorang tak tertekan ke tgk anak diorang sesama hidu gam
Quote noraidil_06 20-12-2017 11:04 AM
NekNgah: Nak juga dengar cerita dari satu pihak lagi - keluarga anak ini.Yes, another drama.  Tapi nak kena juga tahu latarbelakang anak dan keluarga ini.  Tah ...

Nek ngah sy pernah dipggl ke sekolah, ya Allah berdebar Allah je tahu.cikgu ckp puan dtg dulu, nanti kite explain.

Bile pergi rupe nye ank i dgn kwn dia bergurau kasar n spec kawan dia patah. Cikgu x nk ambik tindakan sdri, so pggl both parents. Parent bdk spcky x dpt dtg.but they said they are ok.biasa la bdk2. Kite ni x sedap hati, bw dia gi opto n ganti spec.
Tp seriously i suke cikgu punye tindakan.dan2 tu pggl parents n lets the parents settle it.
Quote noraidil_06 20-12-2017 11:06 AM
vanillaninja replied at 20-12-2017 10:32 AM
Bukan saman. Ni bukan kes sivil. Pihak hospital yang advise the father untuk buat police report be ...

Kalau ade kecederaan mmg biasa hosp suruh report. mesti ade kecederaan ni. Terpeleot ke ape ke. N dpp pun tak kan bodo2 nk bw kes ke court.
Quote prettyuglybabe 20-12-2017 11:32 AM
kalau pakcik sendiri tangankan anak yang nakal tu, takde la ramai yang tertekan..
kesian cikgu-cikgu..
kena mengajar pastu kena jadi babysitter lagi..
Quote mily 20-12-2017 11:40 AM
Kalau g laporan pon..bleh je dr awal x nak naik court...kata saya x mahu kat polis tu...eleh..pakcik ni..mcm x pernah wat laporan je..apa? Asal semua laporan je..semua naik court ke? Dah sampai court baru nak kata sy ikut undang2 je...padahal pakcik tu dah malu sbb abis ank dia telah memalukan sefamily dan satu malaysia kes dia jd besar..ingat bleh wat dediam..tipu aih kata x tahu.
Kompom dah diterangkan pasal pros and cons apa yg dia akn buat nnt..nampak sngt nak kata sy ni main ikut telunjuk siapalah agaknya....

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.064996 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top