CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kecohlah Netizen Ni, Tok Ram Cakap 'Jakun' Pun Nak Bising!

20-12-2017 02:59 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 5830| Komen: 17|Original author: Oleh: Khair

Datuk Ramli Mohd Salleh atau lebih mesra dipanggil Ramli MS ataupun Tok Ram sememangnya terkenal dengan perwatakan yang agak tegas ketika menjadi juri dalam pertandingan realiti nyanyian seperti Gegar Vaganza dan Akademi Fantasia. Namun di sebalik watak tegas itu, Tok Ram sebenarnya seorang yang mesra. 




Contohnya, beliau kelihatan mesra dengan Jihan Muse dan Nabil selaku pengacara program Gegar Vaganza.

Baru-baru ini, bersempena dengan Gegar Vaganza yang diadakan di Pinewood Studio, Johor Bahru, Tok Ram telah memuat naik satu gambar bersama Jihan dan Nabil di akaun Instagram (IG) miliknya berserta kapsyen "Baru sampai JB, dah macam pergi New York. Memang kampung la kamu berdua. Hahaha, jakun."




Postingnya itu bernada gurauan kerana daripada gambar tersebut kita dapat tahu Tok Ram sebenarnya rapat dengan pengacara Gegar Vaganza yang kecoh dan riuh itu. 


Tahu ke Jakun tu apa?

Bagaimanapun, tetap ada netizen yang marah apabila Tok Ram menggunakan perkataan 'Jakun' kerana menurutnya, Jakun itu merujuk kepada suku kaum orang asli iaitu masyarakat Jakun.



Akan tetapi ada beberapa netizen lain memberitahu perkataan 'jakun' yang digunakan Tok Ram adalah bermaksud 'tak pernah nampak sesuatu' ataupun rasa teruja ketika berada di tempat yang baru. 

Foto: IG Ramli MS

Bahkan, netizen itu juga menasihati supaya tidak menggunakan perkataan kasar dengan niat untuk memaki ataupun mengikut sedap mulut kerana Tok Ram adalah orang yang lebih berusia. 

Lah, benda macam tu pun nak dikecohkannya. Tak ada modal lah tu nak raih perhatian agaknya. Ke macam mana? - CARI
11

Bagus
10

Marah
14

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DennisTrillo 20-12-2017 06:24 PM
Ntah ape2... next
Quote ~boolean 20-12-2017 07:03 PM
Aku sokong netizen kali ni.

Siapa2 dengar radio BFM, ada sekali tu mereka interview wakil orang asli..dan dia memang bangkang istilah 'jakun' tu sebab penggunaannya lebih pada penghinaan.

Senang kata beginilah, kita muslim tak suka dilabel 'teroris' kan?

Tapi kita sedap saja panggil orang keling, nigger, jakun dll..tapi bila kena setepek 'teroris' pada kita tahu pula kita sentap kan?
Quote Skuau 20-12-2017 07:05 PM
Jakun...suku kaum orng asli@peribumi....
Quote noraidil_06 20-12-2017 07:50 PM
Amboi netizen marah tok ram punye bahasa, bahasa dia sdri Nauzubillah
Quote Alais 20-12-2017 08:47 PM
Tak boleh.  Begitu juga perkataan yahudi pun tak boleh. Batak pun tak boleh.
Quote stryder_cats 20-12-2017 09:08 PM
sume tak boleh
Quote SOFIA2017 20-12-2017 09:19 PM
laa pasal tu je ke...macamlah netizen tu x pernah sebut perkataan tu langsung
Quote SerenaBlair 21-12-2017 02:49 AM
La perkataan tu pun jadi isu ke ????
Quote mieymiey 21-12-2017 09:03 AM
SOFIA2017 replied at 20-12-2017 09:19 PM
laa pasal tu je ke...macamlah netizen tu x pernah sebut perkataan tu langsung

Netizen boleh sebut, retis takleh sebut
Quote SOFIA2017 21-12-2017 10:29 AM
mieymiey replied at 21-12-2017 09:03 AM
Netizen boleh sebut, retis takleh sebut

hahaha..lepas ni kalo retis nak cakap apa2 kene tanya netizen dululah yer kekdahnyerrrr

Quote amukgemuk 21-12-2017 10:47 AM

"Netizen boleh sebut, retis takleh sebut"

salah. Siapa pun takleh sebut. Kalau orang tak tahu, selamat. Kalau open, especially dalam internet, punah. Netizen pun kalau dia sebut, akan ada orang kondem juak. Tapi dah seleberieti, orang kondem cara seleberity, iaitu berjamaah.

Macam kalau kalau non Malay panggil kau, "Melayu!" Padahal memang kau Melayu pun.
Lagi la, kalau dia panggil pasal merujuk pd sifat tertentu Melayu... "sembang macam Melayu" "buat kerja macam Melayu"
Pasal dulu-dulu memang biasa kaum Jakun ni, macam pelik, heran, dgn benda baru. Maklumlah, duduk dalam hutan. Tu yg orang  panggil perangai pelik, heran ni sebagai 'Jakun'.
Jangan jadi orang tu.
Quote oranjes 21-12-2017 11:49 AM
amukgemuk replied at 21-12-2017 10:47 AM
"Netizen boleh sebut, retis takleh sebut"

salah. Siapa pun takleh sebut. Kalau orang tak tahu,  ...

Btul tu... contohnya kalau org kaitkan melayu=pemalas.
Ayat2 mcm ni... "apa yg melayu sgt kau ni... pegi la keje" atau "jgn la jadi melayu... buang sampah sana"... agak2 apa reaksi org melayu kalau ni kluar kat media massa atau sosial... sampai ke parlimen atau merusuh di jalanan agaknya... tapi kalau bab kutuk org lain sume ok pulak...

Dulu mmg ada rujukan jakun dalam kamus dewan sebagai "kehairanan melihat sesuatu yg baru..."
Tp dlm edisi terbaru rasanya rujukan ni dah dibuang...

Natijahnya.. kalau nak org hormat bangsa dan budaya kita... pandai2 la hormat org lain... jgn nanti bila org kutuk kita... tau nk beperang pula

Calling akak bedahcun memberi sepatah dua kata...
Quote batmana 21-12-2017 12:14 PM
tok ram ni umo warga tua

zmn sekolah dia, perkataan tu mmg ada dlm kamus, mksud dia bnyk,
dh terbiasa psl benda tu belajar kt sekolah.

lainla klu tok ram ni BBNU aiman tino ke apa
psl maksud jakun yg lain2 tu dh dibuang masa tahun 2000





Kata/Peribahasa        Takrif        Sumber
JAKUN        jakun: bingung, bodoh, terpinga-pinga, tercengang-cengang        Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998)
jakun        bingung, bodoh, terpinga-pinga, tercengang-cengang        Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998)
Jakun        penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan).        Kamus Pelajar
jakun I        Mn halkum.        Kamus Dewan Edisi Tiga
Jakun II        Mn penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg tinggal di hutan Pahang, Johor, dan Negeri Sembilan).        Kamus Dewan Edisi Tiga
jakun III        kisangat mudah kehairanan apabila ternampak akan sesuatu yg baru (ganjil,luar biasa, dsb) kerana belum pernah melihatnya dahulu;kejakunan perihal (keadaan) jakun: dia tersenyum melihat ~ orang luar.        Kamus Dewan Edisi Tiga
jakun I        Mn halkum.        Kamus Dewan Edisi Empat
Jakun II        pendudukasli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal diselatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan).        Kamus Dewan Edisi Empat
Jakun        penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan).        Kamus Pelajar Edisi Kedua
Quote pukulrata 21-12-2017 12:52 PM
sakai, batak, jakun,keling,paria,nigga sume ini non-issue sbnarnya.
cuma kita tgk sape yg gunakan,bila digunakan dan situasi yang digunakan.
sbb dorg ni public figure so  cepatlah jadi hal.kalo stakat acik bawang yg ada dlm ni yg guna xde org kesah pun.
Quote yangsemb 21-12-2017 08:45 PM
Sendiri mau hingat laaa...kan dh mendapat, sesuka ati jerr guna words yg sensitive{:thief
Quote merry01 22-12-2017 01:01 AM
teringat pulak zaman budak2 dulu..kawan aku ade panggil aku jakun. aku ni pulak innocent tak pernah dengar perkataan tu. balik rumah tanya abah, jakun tu apa..bila abah tahu membebel dia kata kawan aku tu mulut boleh tahan eh kecik2 dah pandai panggil orang jakun
Quote taji2906 22-12-2017 09:31 AM
org dulu2 tau la jakun tu maksud dia mcm rusa masuk kampung... dah ada dlm kamus lg..
kalau la babi tu boleh bercakap, mesti dia pun tentang penggunaan perkataan babi bila memaki.. hahaha

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.063212 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top