Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Namun, sanggupkah anda melakukan pembedahan ekstrem semata-mata mahu kelihatan unik dari yang lain?
Itulah yang dilakukan oleh gadis yang berasal dari Britain yang dikenali sebagai Lucy McAllister ini yang nekad melakukan prosedur untuk memotong bahagian tengah lidahnya bagi mendapatkan lidah yang bercabang. Menurut laporan Daily Mail, prosedur membelah lidah ini mengambil masa selama dua minggu atau lebih untuk sembuh dari luka pembedahan. Selain itu, mereka juga akan mengalami kesukaran untuk bercakap, makan dan minum sepanjang proses untuk sembuh. Melalui posting di akaun Instagram miliknya, Lucy memberitahu yang kesakitan yang dialaminya selepas pembedahan tidaklah seteruk apabila dia hendak makan atau minum. "Kesakitan selepas pembedahan bukanlah isu, tetapi kesukaran untuk makan dan minum adalah perkara yang paling susah!" tulisnya. Walaupun terpaksa menghadapi kesakitan, dia berpuas hati dengan apa yang dimilikinya sekarang walaupun ramai yang mengecam tindakan serta tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya. Malah, ada yang menggelarnya sebagai gila dan menyerupai syaitan. "Ingat pribahasa jerr..lidah bercabang.. ehh.. betul2 lah ada... kikikiki" "eee.. seram macam iblis.." "Takut tengok. Dah puas jadi manusia, nak jadi binatang plak. Pelik2..." Apa pendapat anda? Yay or Nay?? - CARI |
12
Bagus |
23
Marah |
12
Terkejut |
11
Sedih |
15
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT