Gara-gara merajuk dengan isteri, seorang suami sanggup keluar dari rumah dan tinggal di lapangan terbang Beijing sejak sepuluh tahun lalu.
Wei Jianguo, 53 bertengkar dengan isterinya pada tahun 2008 dan kemudiannyya berasa selesa menikmati hidup dalam lapangan terbang. The Sun melaporkan, lelaki itu telah diberhentikan kerja dan menerima bantuan kerajaan pada setiap bulan bernilai 1000 yuan (RM620). Disebabkan kesukaran untuk mencari pekerjaan, dia sering meneguk minuman keras sehingga menyebabkan isterinya marah. “Isteri saya tidak benarkan saya minum arak di rumah, jadi saya tidak mahu lagi pulang ke rumah,” katanya.
Tambahnya, dia seronok hidup dalam lapangan terbang kerana panas dan boleh makan minum sesuka hatinya. Sumber berkata, Wei Jianguo juga mempunyai dapur bergerak dan menggunakan dapur elektrik untuk memasak. Tempat tidurnya pula hanya dialas dengan selimut manakala barangan keperluannya diletakkan dalam troli. Pihak pengurusan lapangan terbang pernah mengusirnya sebelum ini namaun Wei tetap berada di terminal. -CARI
|
plentyofmoney replied at 21-12-2017 01:24 PM
ni mesti merajuk sebab bini dia malas kemas dapur, dapur sepah bau tikus mati
ADVERTISEMENT