CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sensasi Berenang Bersama Plankton! Indahnya,Tak Berkelip Mata Memandang

21-12-2017 12:58 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 8230| Komen: 7|Original author: Oleh: Diba S.

Teringin berenang dalam lautan bercahaya, ala-ala filem The Beach? Ini tempat-tempat untuk realisasikan impian dan fantasi anda itu!


Apakah benda bercahaya dalam laut ni sebenarnya? Ada yang menggelarnya sebagai kutu laut, namun nama yang lebih tepat ialah plankton bercahaya. 

Seperti kelip-kelip yang menyinari alam semesta, plankton bercahaya pula berfungsi untuk menerangi lautan yang menyimpan 1001 misteri yang belum terungkap.

Jom lihat senarai lokasi anda boleh temui mikroorganisma kecil lagi hebat ini!

Koh Lipe, Thailand

Foto: imgur.com
Sangat sesuai dikunjungi pada hujung tahun sewaktu kebanyakan pulau-pulau di Malaysia dilanda monsun. Anda boleh datang ke Koh Lipe dengan menaiki feri atau bot laju dari jeti Kuah di Langkawi. 

Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit dan tiket feri bermula dari RM95. Anda akan tiba di Pattaya Beach dan di sini anda boleh pilih Plankton Tour dari mana-mana agensi kegemaran anda. 

Kebiasaannya trip ini akan bermula sebelum matahari terbenam (bergantung kepada jenis tour pilihan anda) dan anda akan dibawa ke lokasi plankton. Rasai pengalaman berenang di lautan yang gelap gelita dan apa yang anda boleh lihat hanyalah plankton bercahaya ini di antara kaki anda.

Peringatan: Tidak sesuai untuk anda yang takutkan laut atau Thalassophobia. 

Selain Koh Lipe, berikut adalah lokasi-lokasi lain plankton bercahaya ini sempat dirakamkan. 

Maldives
Foto: demilked.com
Gambar ini berjaya dirakamkan jurugambar dari Taiwan yang sedang bercuti di Maldives. Fenomena di Maldives ini dikatakan berpunca dari plankton yang dinamakan Lingulodinium polydrum)

Bioluminescent Bay, Puerto Rico
Foto: bfi.org.uk
Di pantai ini anda boleh menaiki kayak dan menyusuri plankton bercahaya, seolah-olah berada dalam mimpi!


Pulau Matsu, Taiwan
Foto: The Loop
Foto: Okezone
Menurut sekumpulan pengkaji dari National Taiwan Ocean University, fenomena laut bercahaya di pulau ini disebakan organisma yang digelar Noctiluca scintillans. Lokasi ini bakal menjadi antara lokasi tumpuan pelancong di Taiwan!

Namun tahukah anda sebenarnya tidak perlu pergi jauh pun untuk menyaksikan fenomena menakjubkan ini kerana ia ada dimana-mana perairan pantai yang suam-suam kuku. Di Malaysia, ia didakwa pernah dilihat di Pulau Tioman, Yan (Kedah), Sarawak dan banyak lagi lokasi lain yang tidak disangkakan. 

Jika pada musim sejuk di Eropah pengembara gemar memburu Aurora, apa kata anda buru kelip-kelip di lautan ini! Menarik kan? -CARI
17

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syue86 21-12-2017 02:54 PM
subhanallah cantik sgtttt
Quote greantea 21-12-2017 06:23 PM
cantiknya. mcm dalam satu filem tu tp lupa lak tajuknya.
Quote yangsemb 21-12-2017 08:02 PM
Truly amazing {:cryrun{:childlike
Quote devilito2 26-12-2017 08:07 AM
subhanallah... cantiknya ciptaan Allah
Quote xyura 2-1-2018 12:12 PM
SubhanAllah cantik sungguh
Quote IsobelMelody 7-1-2018 07:37 PM
Di Tusan Beach Miri Sarawak n Di Esplanade Miri Sarawak ada blue plankton ni
Quote rainbowrainz 7-1-2018 10:50 PM
SubhanaAllah cantiknya cantik sgt

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.052522 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top