Selain Fathia Latiff, Nabil juga adalah seorang artis yang memang tak habis-habis kena kecam. Mulutnya yang suka main cakap lepas sahaja menyebabkan beberapa pihak tidak senang dengannya. Tapi itu hal kerjalah, kalau bab keluarga pula 'makcik-makcik bawang' di media sosial suka persoalkan kenapa pelawak ini tidak menyuruh isterinya menutup aurat. Apatah lagi sekarang Nabil adalah seorang yang sudah bergelar Haji. Baru-baru ini kecoh lagi nampaknya bila isterinya, Zira Ayub memuat naik gambar romantik bersama suaminya itu di Instagram. Memakai baju T-shirt berwarna hitam, Zira dilihat memeluk Nabil sampai berlaga pipi mereka. Cantiknya memang tak boleh dinafikan tapi tak berapa enak mata memandang sebab nampak lurah dadanya. Penyudahnya, bukan dipuji kerana kelihatan romantik tetapi dikutuk disebabkan isterinya yang dianggap terlampau seksi. Gambar sebegitu sepatutnya tidak ditayangkan kepada umum kata pengikutnya yang membanjiri ruangan komen. Kepada Nabil, lain kali sebelum berkongsi gambar nilailah dulu ya. Mulut netizen memang tak boleh halang, tapi sebagai selebriti kita kenalah jaga maruah sendiri dan keluarga. -CARI |
vanillaninja replied at 21-12-2017 12:20 PM
Nasib uols la Haji Nabil. Hadap je la. Wife uols pun tak guna common sense ke sebelum upload.
kibodwatriuh replied at 21-12-2017 12:21 PM
lurah dada mana?
fox. replied at 21-12-2017 12:24 PM
kannn lurah la sangat
ADVERTISEMENT