Gambar hiasan daripada Google Sesi persekolahan 2018 bakal bermula tidak lama lagi. Ramai ibu bapa yang sedang buat persiapan dengan membelikan keperluan sekolah seperti baju, kasut dan alat tulis serta buku-buku. Kalau anda perasan, ramai yang cuba untuk berjimat-cermat kerana harga keperluan sekolah agak mahal lagi-lagi yang anak ramai. Ibu bapa cuba mendapatkan barang yang murah atau berpatutan tetapi berkualiti. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Mungkin cerita yang dikongsikan oleh Intan Nornie Sheika dapat menyentuh hati orang yang membaca. Tanpa sedar, di sebalik rungutannya tentang harga barang keperluan sekolah yang semakin mahal, rupanya ada orang yang sedang bergelut dengan kehidupannya sendiri dan wang yang ada sebenarnya cukup-cukup untuk makan sahaja.
Namun ibu bapa tersebut tetap ingin membelikan baju dan kasut sekolah baru kepada anak-anaknya seperti ibu bapa lain juga. Wanita ini tidak mampu menahan air mata selepas terdengar perbualan pasangan di sebalik rak baju di kedai tersebut. Disebalik keluhannya, rupanya ada yang sedang bergelut dengan kehidupannya sendiri. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Ramai netizen yang terkesan dengan situasi tersebut sehingga menitiskan air mata. Di sebalik kesusahan yang mereka alami, rupanya ramai lagi yang lebih susah. Ada juga komen sentap, seorang artis beli alat mekap tak ingat dunia. Belanja sampai RM10 ribu untuk alat mekap sahaja. Ada juga netizen yang turut berkongsi cerita kesusahan mereka. Jadi, mereka amat memahami situasi ibu bapa tersebut yang cuba untuk menggembirakan hati anak-anak walau perit untuk ditunaikan. Netizen yang rasa macam kena tampar pun ada sebab ayat yang ditulis wanita itu sebijik kena atas batang hidung. Ada yang terlebih bagi keperluan sekolah anak dan ada yang tak terasa nilai RM2 apabila berbelanja di kedai RM2 sebab bagi mereka nilai itu terlalu murah.
|
1
Bagus |
3
Marah |
2
Terkejut |
9
Sedih |
8
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sheqim: Kena pandai cari tempat murah belu baju skolah.. aritu mak iols dtg kl, beli kat giant rm5 seluar skolah.. kat aeon tu dia beli jgk, tp ade jenama sik ...
sabar_sabariah replied at 21-12-2017 07:32 AM
aku baca berulangkalikot salah baca kan
tibu tu apa ye?
clarizsa replied at 21-12-2017 06:20 PM
Hubby i dulu sgt miskin. Baju sekolah dan kasut sekolah dia adalah baju raya. Ye baju raya kasut ray ...
ADVERTISEMENT