CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Orang Ke, Kambing Sewa Rumah Ni? Macam Hidup Dalam Sangkar Tikus!

21-12-2017 04:04 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 7875| Komen: 31|Original author: Oleh: Khair

Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab umum walau di mana sahaja kita berada sama ada di rumah sendiri ataupun rumah yang disewa. 

Namun, berlainan dengan penyewa rumah kepada seorang wanita di Seri Iskandar ini. Keadaan rumahnya kelihatan seperti terabai tidak terjaga sehingga merosakkan rumah tersebut. Nampak macam rumah tinggal pun ada, sedangkan ianya berpenghuni.




Situasi ini dihadapi seorang pemilik rumah sewa di Seri Iskandar, Perak iaitu Fariha Yusof. Dia berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan keadaan rumahnya yang ditinggalkan penyewa selepas meminta mereka keluar kerana sudah beberapa bulan tidak membayar sewa rumah. 




Rumah tersebut bukan sahaja ditinggalkan dalam keadaan bersepah malah berbau busuk kerana najis kucing yang banyak. 

"Anak aku pun tak lalu nak masuk rumah ni. Rumah berbau busuk dengan najis kucing dan lubang tandas yang tersumbat. Berketul-ketul kot... Sedih wei," tulisnya.




Menurut Fariha, sebelum ini dia pernah menyewakan rumah tersebut kepada sekumpulan pelajar dan tidak berlaku keadaan seperti itu. Jadi, dia mengharapkan perkara sama ketika memilih keluarga tersebut untuk menyewa rumahnya, namun sebaliknya pula yang berlaku.

"Saya ingatkan, bila ambil orang berkeluarga menyewa rumah ini okey. Rupa-rupanya, jauh lebih teruk dari pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)," ujarnya.  



Tambahnya lagi, sebelum ini rumah tersebut dilengkapi dengan mesin basuh, almari, katil, dapur, pinggan mangkuk, meja dan perabot yang lain. Namun, setelah penyewa itu keluar segala peralatan tersebut dirosakkan termasuk pintu dan juga tingkap.



Fariha turut memberitahu, keluarga tersebut ada mengusahakan dua buah kedai makan di SIDEC, Seri Iskandar. Tapi, melihatkan keadaan rumah yang ditinggalkan itu, tak tahulah bagaimana keadaan kedai tersebut sama ada bersih atau tidak.


Dahlah sewa tiga bulan tertunggak, rumah pula macam apa je!

Buat masa ini, dia bukan sahaja geram dan marah dengan keluarga tersebut kerana sewa yang tidak dibayar untuk tiga bulan dan Fariha turut kecewa apabila rumah miliknya diperlakukan sebegini. 



Hisy, teruk betul perangai keluarga ini lah! Macam mana dia boleh 'berkubang' satu keluarga macam tu?

"Aku rasa mereka ni spesis yang lari dari zoo ni.

"Gila!! Ni ada penyakit mental semua ni," komen netizen.



Semenjak dua manejak ni, macam makin menjadi pula perangani penyewa rumah yang tak semenggah mana ni. Berhati-hati okey, bagi anda yang nak mencari penyewa ni. - CARI
19

Bagus
20

Marah
6

Terkejut
15

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 21-12-2017 04:21 PM
Rumah my parents dulu pun pernah disewakan pada pengusaha kedai makan. Memang kotor sikit keadaan rumah bila weols suruh kosongkan rumah. Tapi tak la seteruk ni.

Jijik sungguh.
Quote ahlisihircute 21-12-2017 04:37 PM
Rumah sewa keluarga aku....hanya disewakan pada kalangan saudara atau kitaorang kenal dengan mak ayah atau keluarga dorang....
Quote meow8948 21-12-2017 05:10 PM
ada ek mcm ni
Quote merrissa 21-12-2017 05:25 PM
jijik aku tgk thread2 cani.....

please laaa jd la penyewa yg pembersih
Quote batmana 21-12-2017 05:39 PM
aku rasa dia buat tmpt ni sbg pusat penyembelihan ni

ntah apa yg dia campur kt kdai makan dia

Quote susukambingbest 21-12-2017 06:17 PM
jijik weyyy. kedai mkn theyol pun harus jijik gak
Quote yangsemb 21-12-2017 07:36 PM
Masha Allah...ada lg kes gini {:freak
Quote SOFIA2017 21-12-2017 07:50 PM
yarabbi...apa jenis la manusia macam ni..
jahanam rumah orang...
Quote missinpiece 21-12-2017 11:21 PM
Camnela mereka bleh tinggal dlm keadaan camtu?
Hatta menyewa pon keselesaan tu penting, lebih2 lg lepas penat bkerja
Quote Lollipop111 22-12-2017 02:50 AM
Sebab tuh skg landlord ramai bersyukur klu dpt tenant yg pembersih. x naekkan sewa xperlah, janji rumah dijaga dgn baik...
Quote ~boolean 22-12-2017 04:52 AM
Kalau rumah pun tak dijaga, kedai makannya pasti lagi kotor. Moga2 aku tak singgah ke kedai keluarga pengotor sebegini
Quote asyura_85 22-12-2017 08:36 AM
Student sewa bersih ok.. sumpah aku tak faham kenapa orang cakap student sewa rumah jadi rosak..nak nak student pomp.. student laki aku tak tau la...tpi student time aku dulu la.. tak tau la student skang ramai dah diva.. pinggan pun soh orang basuhkan
Quote mejaputih 22-12-2017 08:44 AM
kalau kat oz ada rules kat sana..kat sana pakai agent..agent akan dtg check rumah secara berkala (tak silap every 3 months kot)...utk protect rumah dari penyewa yg mcm ni la...
Quote saviour_09 22-12-2017 08:48 AM
maaf cakap la
banyak sangat dah aku tengok
kalo pemilik gerai, kedai, restoran blablabla ni
rumah mesti macam tongkang pecah
lagi2 rumah yg disewa
jahanam!
sibuk sangat ke kejar dunia ni sampai tahap kandang babi jadinya rumah?
Quote sabar_sabariah 22-12-2017 08:53 AM
yang air bertakung tengah rumah tu air dari mana?
serius tinggal dalam rumah dengan air bertakung kat lantai camtu?
Quote lolita737 22-12-2017 09:25 AM
xfaham dengan manusia spesis mcm ni.. ni baru umah sewa..kalau umah sndiri mcm mna lah..

dah sewa tu jagalah elok2.. jaga mcm umah sndiri..
Quote Jorja 22-12-2017 09:25 AM
Geli tengok lantai simen mcm tu. Sorry.
Quote nut.legacy 22-12-2017 09:29 AM
sedihnya owner rumah dpt penyewa mcmni. dah la x jaga barang kita abis hancur di buatnya
Quote mieymiey 22-12-2017 09:36 AM
Macamana keluarga ni boleh hidup dengan keadaan rumah macamni? Tak geli ker?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062013 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top