CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Main Sorok-sorok, Kan Dah Kena...

21-12-2017 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4064| Komen: 15

Padah main 'sorok-sorok' apabila kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terpaksa diselamatkan anggota bomba selepas dia bersembunyi dalam peti keselamatan di rumah datuknya, lapor Sky News seperti dipetik mStar Online.



Foto: mStar Online/Sky News

Menurut laporan, mangsa sedang bermain dengan abangnya di Lichterfelde, Berlin, ketika dia menjumpai peti keselamatan yang tidak digunakan itu sebagai tempat persembunyiannya. Malangnya, kanak-kanak itu terkunci apabila pintunya tertutup.

Walaupun tempat persembunyiannya ditemui, dia tidak boleh dikeluarkan kerana hanya datuknya yang mengetahui kod keselamatan peti berkenaan dan dia berada di luar kawasan ketika kejadian.


Berikutan itu, keluarga mangsa terpaksa menghubungi bomba untuk meminta bantuan dan mengambil masa selama tiga jam hanya untuk mencuba semua tarikh kelahiran keluarga dengan harapan dapat membongkar kod laluan peti keselamatan itu.

Dalam masa sama, oksigen dipam ke dalam peti keselamatan melalui retakan kecil.

Hingga saat bomba mengambil keputusan untuk memecahkan peti itu, mereka tiba-tiba berjaya memasukkan kod enam angka yang betul.

Menurut anggota bomba, kanak-kanak berkenaan tetap tenang sepanjang insiden itu berlaku. Walaupun terkejut, dia tidak mengalami sebarang kecederaan. - CARI
3

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 21-12-2017 11:03 AM
Nape x tepon je atuknya mintak password tuh
Quote sofiazara 21-12-2017 11:07 AM
argghh

anak aku pegi sorok baju abangnya dalam peti simpanan kat bilik hotel

sampai sudah takleh buka peti tu
Quote samasam90 21-12-2017 11:08 AM
kedekutnya atuk tu.. bukan nye penuh pun peti tu dgn duit, brg kemas dan fail2 rahsia.. elok je muat budak dlm tu aka kosong jah dlm tu..
Quote Artemesiaa 21-12-2017 11:10 AM
Syabas buat abam bomba
Quote chazey 21-12-2017 11:11 AM
xtahumenahu replied at 21-12-2017 11:03 AM
Nape x tepon je atuknya mintak password tuh

'Sedang berada di luar kawasan'.

Takda line le tu.
Quote Burong_Hantuk 21-12-2017 03:08 PM
lucu pula sya rasa
Quote grouper 21-12-2017 03:21 PM
Kena panggil geng italian job ni..
Quote mieymiey 21-12-2017 03:24 PM
Nasib tak lemas dalam tu dek. Terima kasih pada abang bomba.
Quote yangsemb 21-12-2017 07:30 PM
Nasib baik ok xde pape {:smile
Quote skinskin 21-12-2017 10:41 PM
nasib x lemas ko dek
Quote finesse 21-12-2017 10:57 PM
Stereng lock iols pulak terkunci.. x leh bukak td. Terpaksa tinggal keta kat pusat beli belah.. esok nak kena cari tukang kunci.. . Asal la aku keluar mlm ni..
Quote moonbug 21-12-2017 11:24 PM
Nasib dia tak panic, kalau menangis meronta mesti sesak nafas tak cukup oxygen dlm tu
Quote kroit92 22-12-2017 08:17 AM
gila takut.. orang yang claustrophobic macam aku ni, aka takut tempat sempit, kecik, tertutup, boleh jadi gila panik. tapi lif aku ok lagi, boleh tahan besar. tapi still cuak ah paranoid nya, takut terhempas takde tempat nak lari
Quote sabar_sabariah 22-12-2017 08:49 AM
last time aku adik beradik main nyorok2
main dalam rumah je
boleh kitorang tak jumpa adik lelaki aku
cari la dalam dan luar rumah memang tak jumpa
sampai panggil orang kampung tolong carikan
tetibe tergerak hati aku nak check dalam almari
boleh dia tertidur dalam tu
hampeh!
Quote msdummy.2018 25-1-2018 12:03 AM
Bahaya btol

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.042442 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top