CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cucur Ketam Bercili: Kalau Pekena Sekali, Kunyah Tak Berhenti!

22-12-2017 12:33 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 4912| Komen: 8|Original author: Oleh: Diba S.

Cucur udang, cucur ikan bilis dan cucur kodok mungkin dah biasa anda dengar dan makan. Pernahkah anda rasa cucur ketam? Nama macam rumit namun sebenarnya ia mudah disediakan. 


Sesuai untuk dinikmati sebagai sajian petang atau waktu sarapan pagi. Jangan berlengah, jom masuk dapur dan cuba resepi ini!

Foto: qlfoods.com
Bahan-bahan:

Foto:csuraya.blogspot.com

400gm tepung naik sendiri
150ml air
100gm filemen ketam/crabstick (dihancurkan)
3 tangkai kucai (dipotong kecil)
1 biji cili merah (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dimayang halus)
1 biji telur
5gm soda bikarbonat
Garam secukup rasa

Cara-Cara:
1.Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Setelah digaul, jika anda dapati adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental, tambah sedikit air
2.Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit
3.Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan
4.Hidangkan bersama sos pilihan

Foto: terjahmakan.com
Sambil goreng cucur ketam tu, anda bolehlah nyanyi lagu oleh Jalil Hamid yang pernah popular suatu waktu dahulu:

"Makanan pelik-pelik tahi minyak, tahi itik, supir mandi badak berendam mata kucing mangga siam buah keras buat lauk pisang emas pisang tanduk batang buruk cucur kodok!"

Selamat menggoreng dan beraksi di dapur! -CARI
8

Bagus
23

Marah
22

Terkejut
9

Sedih
42

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nejina 22-12-2017 05:47 PM
ok boleh masuk list ni tq {:sing
Quote yangsemb 22-12-2017 06:27 PM
Alrite ..boleh dicubain {:spec
Quote moonbug 23-12-2017 01:05 PM
Kalau guna isi ketam betul mesti lagi sedap kan
Quote deathacker 23-12-2017 04:06 PM
Ok blh try buat. Filamen ketam pun ada. Dah brp lama dok bertapa kat dlm fridge. Jgn dah expired sdh
Quote nhazlin 23-12-2017 07:48 PM
wowwiii macam sedap je! boleh try nanti!
Quote LavaUollss 24-12-2017 10:00 AM
crabstick tu bukan diperbuat dari isi ketam. crabstick tu sebenarnya imitation crab meat je. Diperbuat dari isi ikan plus msg segala mala kemudian dibentuk seolah-olah macam isi ketam
Quote krustykrab 29-12-2017 12:08 PM
LavaUollss replied at 24-12-2017 10:00 AM
crabstick tu bukan diperbuat dari isi ketam. crabstick tu sebenarnya imitation crab meat je. Diperbu ...

Repirter cari nak kongsi resepi tp tak sempat buat rsh
Quote xyura 2-1-2018 01:13 PM
ok boleh try nanti

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.205987 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top