Hanya tinggal lima hari sahaja lagi menjengah tahun baharu 2018. Bagaimana dengan ‘wish list travel’ anda? Mampu direalisasi atau sekadar anganan? Jika berjaya, tahniah! Bagi yang masih belum tunaikan, kita cuba lagi tahun hadapan. Mengenang kisah kaki jalan, National Geographic memilih 30 gambar panorama menakjubkan dari ribuan gambar yang telah diterbitkan sepanjang tahun 2017. Jom, saksikan 10 gambar terbaik dengan lokasi yang memaparkan budaya setempat yang kaki jalan harus sampai satu hari nanti. 1) Budelli Island, Itali Mauro Morandi tinggal di pulau ini keseorangan selama 28 tahun. Bagaikan cerita di layar perak tapi ini kisah benar. Ada sesiapa yang berani sepertinya? 2) Tunisia Kanak-kanak perempuan sedang mengintai menerusi tingkap kaca yang dipercayai telah di bina pada 500 tahun masihi. Wow! Masih kukuh ya. 3) Mexico Memang ada jadual meraikan perkahwinan di Oaxaca City di jalanan. Ayuh! Ini budaya setempat yang tidak harus dilepaskan. 4) Mozambique Suka pemandangan waktu senja? Anda harus ke Mozambique yang menawarkan udara hangat serta berenang dalam lautan rona kemerah-merahan. 5) Itali Peminat fesyen harus ke sini dengan The Duomo yang menjadi ikon Milan. ‘Selfie’ lah sepuasnya menandakan anda peminat fesyen sejati. 6) Ethiopia Bazar lama di Harar’s Ethiopia ini menjadi tumpuan pelancong kerana warna pakaian wanita beserta binaan di sana sungguh menyerlah. 7) Morocco Selain peradaban Islam, Morocco juga syurga buat pencinta lautan dengan paraglider, surfer akan mengunjungi pantai Legzira bagi mencabar adrenalin. |
moonbug replied at 26-12-2017 01:06 PM
Destinasi 2018 takde kat list di atas
pittjie replied at 26-12-2017 05:14 PM
i mmg sedari dulu teringin pegi iran, morocco dan ethiopia. tapi suka la tengok gambar pintu kaca wa ...
ADVERTISEMENT