CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Nak Mudah Je, Bahaya Panaskan Makanan Dalam Bekas Plastik!

26-12-2017 10:16 AM| Diterbitkan: Cari-Norlili| Dilihat: 16152| Komen: 54|Original author: Oleh: Norlili

Zaman sekarang kalau nak masak semuanya nak cepat dan mudah, kan? Apatah lagi banyak perkhidmatan menjual makanan yang siap untuk dihantar terus ke depan pintu. Ia memang sangat memudahkan para ibu berkerjaya. 


Ataupun, perkara biasa dilakukan kebanyakan daripada kita adalah menyimpan lebihan makanan di dalam bekas plastik dan masukkan ke dalam peti ais. Kemudian, memanaskannya semula menggunakan ketuhar, mudah dan cepat! 


Foto: Yahoo


Tapi, tahukah kita makanan yang tersimpan di dalam bekas plastik dan dipanaskan semula di dalam ketuhar akan memberi kesan berbahaya kepada kesihatan? 

Menurut Lindsey Malone, pakar dan pengurus pemakanan di Cleveland Clinic adalah satu kemestian untuk memastikan plastik yang digunakan adalah jenis selamat untuk ketuhar. Maksudnya bekas plastik telah diuji secara klinikal dan dijamin selamat untuk digunakan. 


Foto: Cosmopolitan

Kanser

Ini kerana bekas plastik yang tidak mempunyai label selamat untuk ketuhar apabila dipanaskan, berisiko untuk mendapat penyakit kanser. Apabila dipanaskan di dalam ketuhar, komponen yang ada dalam bekas plastik ini akan menjadi tidak stabil dan mengalir ke dalam makanan yang dipanaskan. 

Ini adalah sangat berbahaya kepada kesihatan. Lebih bahaya kalau bekas plastik itu sudah turun warna atau calar-balar, tak perlu fikir panjang, buang saja terus!


Foto: Sirap Limau 

Nampak macam memudahkan kerja ibu-ibu, tapi mudarat pula yang datang. Sebaiknya, kalau nak panaskan makanan, guna bekas yang diperbuat daripada kaca atau seramik yang lebih terjamin keselamatannya. 

Masih belum terlambat nak mengubahnya. - CARI  
10

Bagus
7

Marah
14

Terkejut
8

Sedih
20

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 26-12-2017 10:50 AM
alaa slalu buat mcm tu
Quote UsuFie 26-12-2017 10:52 AM

usu reheat guna pyrex
Quote adm7 26-12-2017 10:54 AM
Yg bekas plastik kedai selalu guna untuk bungkus nasi tu mcm mn plak?
Quote rospinki 26-12-2017 10:56 AM
dah lama benda ni kan..kenapa tak fhm2 lagi
Quote moonbug 26-12-2017 01:56 PM
Rela mkn makanan sejuk daripada reheat dlm microwave oven
Quote cHimo 26-12-2017 02:27 PM
Kerja gila nih pemalas tahap gaban...
Quote famri7 26-12-2017 02:30 PM
Beli pyrex yang ada oenutup tu..sennag jah.
Quote ultra78 26-12-2017 02:32 PM
Lagi pelik adalah Cari PT Editor dapat Credit -1

Hmmm...
Quote BebeQ 27-12-2017 10:13 AM
adm7 replied at 26-12-2017 10:54 AM
Yg bekas plastik kedai selalu guna untuk bungkus nasi tu mcm mn plak?

apa2 je la jenis bungkusan selain kaca, transfer ke kaca dan panaskan. tak pun makan je la sejuk tu.
Quote samasam90 27-12-2017 10:21 AM
ultra78 replied at 26-12-2017 06:32 AM
Lagi pelik adalah Cari PT Editor dapat Credit -1

Hmmm...

artikel lemah kot? ala2 fail exam
Quote samasam90 27-12-2017 10:22 AM
adm7 replied at 26-12-2017 02:54 AM
Yg bekas plastik kedai selalu guna untuk bungkus nasi tu mcm mn plak?

cek la tengok kalau ade simbol safe utk microwave.. kalau takde, tak selamat lah..
Quote samasam90 27-12-2017 10:23 AM
adm7 replied at 26-12-2017 02:54 AM
Yg bekas plastik kedai selalu guna untuk bungkus nasi tu mcm mn plak?

cek la tgk kalau simbol safe utk microwave atau x.. kalau xde, x selamat la..

Quote bintangct 27-12-2017 10:24 AM
Ye la dah lama benda ni.. bukan boleh suka2 je reheat dlm plastik.. keluarkn la letak dlm piggn yg microwave

Plastik air pon sama.. tak semua boleh tahan panas dan pakai lama2 smpi berlumut
Quote Siput_Sawah 27-12-2017 12:16 PM
kalau tak silap aku bekas plastic micro yg ada logo boleh masuk micro ni tak ada masalah tp jangan over guna la...kat bawah buntut tu dia ala log 5,7 ect..tu tanda berapa kali boleh guna dlm micro so jgn la guna over dari yg di benarkan!
Quote adm7 27-12-2017 12:20 PM
BebeQ replied at 27-12-2017 10:13 AM
apa2 je la jenis bungkusan selain kaca, transfer ke kaca dan panaskan. tak pun makan je la sejuk t ...

Bukan tu. Lps kerajaan haramkan penggunaan polisterin, kebanyakan kedai guna bekas plastik untuk makanan yang dibungkus bawa balik..makanan panas2 yg baru angkat dari kuali pun diorg letak dlm bekas plastik tu. Bekas yg tak bahaya ke?
Quote sherry70 27-12-2017 12:30 PM
da lama benor tak guna microwave bab bagi kat org .. nak   panas kan lauk  d dlm kuali jer la
Quote EncikRhoma 27-12-2017 01:23 PM
guna tupperware x boleh ke?
Quote ninja boy 27-12-2017 01:27 PM
Edited by ninja boy at 27-12-2017 01:29 PM
adm7 replied at 27-12-2017 12:20 PM
Bukan tu. Lps kerajaan haramkan penggunaan polisterin, kebanyakan kedai guna bekas plastik untuk m ...


Ngeri panas2 terus masuk pelistrin, kalau kedai isi dlm kertas coklat ok
Quote samasam90 27-12-2017 01:54 PM
EncikRhoma replied at 27-12-2017 05:23 AM
guna tupperware x boleh ke?

kebanyakan tupperware boleh guna rasanya.. apa2 pun sebelum nak guna microwave, tgk bekas, ada simbol ke tidak.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.052527 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top