CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kalau Kita Dua-Dua Dah Meninggal, Nak Tinggalkan Anak-Anak Dengan Siapa?"

26-12-2017 10:54 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6786| Komen: 25|Original author: Oleh: Whitney


Bagi ibu bapa yang terlalu mengambil berat akan anak-anak, mereka akan sentiasa memikirkan perkara yang terbaik yang patut diberikan untuk anak-anak. Sehinggalah persediaan dan apa yang akan terjadi pada anak-anak selepas mereka meninggal dunia sekalipun, tetap mereka fikirkan. 

Persediaan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik sahaja mereka meninggal dunia dikongsikan oleh Mahirah Munatul Maknun dalam facebook miliknya. Asalnya ia hanyalah perbualan dengan suaminya tentang kerisauan mereka ‘siapa yang bakal menggalas amanah menjaga anak-anak mereka selepas mereka berdua meninggal ketika anak-anak masih kecil?’. 

Bagaimanapun, dia tidak menyangka statusnya tersebut mendapat perhatian daripada ramai netizen. Jom kita baca apa tips yang menarik dan yang boleh kita ikut. 



Semestilah perkara yang paling penting ialah tentang siapa antara ahli keluarga mereka yang akan menjaga anak-anak, pendidikan mereka dan simpanan wang yang mampu mereka tinggalkan buat anak-anak untuk meneruskan hidup. 


Kena fikirkan juga siapa penjaga amanah yang boleh dipercayai. Bukan apa, banyak kes penjaga amanah yang makan harta anak yatim. 

Malah, sebagai ibu bapa, pastilah juga mengharapkan anak-anak mereka mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada orang yang diamanahkan serta bijak dalam memberikan sokongan emosi.


Anak-anak yang masih kecil tentulah belum mampu lagi nak hadam pesanan-pesanan yang ditinggalkan.


Ramai netizen yang 'tag' pasangan masing-masing di ruangan komen agar mereka turut sama memikirkan dan membuat persediaan untuk anak-anak mereka sekiranya mereka juga dijemput Ilahi ketika anak-anak masih  kecil. Yang fikir kalau boleh bawa anak meninggal bersama pun ada? 


Sedih, ada netizen yang pernah suarakan kerisauan tentang hal ini kepada suaminya namun suaminya terlebih dahulu pergi meninggalkan dia dan anak. 


Komen netizen yang ni ada juga betulnya. Tapi sebelum kita meninggal dunia, memang patut kita fikirkan juga tentang masa depan anak-anak dan sedikit persediaan yang mampu kita buat. Selebihnya kita serahkan pada Allah. 

Tapi kalau dah tengah nazak tapi sempat lagi fikir pasal harta, itu memang tak patut. - CARI 


1

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 26-12-2017 11:15 AM
Lol juniorku

Quote mommymonster82 26-12-2017 11:17 AM
Yep..mmg kena fikir saper yg nk jd penjaga yg sah..
Tp jrg org nk buat persediaan gini..
Quote pearl.silver 26-12-2017 11:18 AM
Klu byk duit yg ditinggalkn utk ank2 tu...ramai laa org offer diri nk jaga bdk2 tu..berebut nnt
Quote idakamaruddin 26-12-2017 11:49 AM
smpai skg ni aku xleh byg kalau jd kat aku ngn laki aku anak2 tinggal ngn sape

x sggp nk byg..
Quote haryatie 26-12-2017 12:01 PM
bila ada ank semua org akn fikir hal yg sama
terutama sekali bila ank2 masih kecil..
segala benda kita nak risau...
da mati baru berhenti fikir..
Quote mintu 26-12-2017 12:35 PM
pertama kena tgk keluarga side sape yg lebih sygkan anak2 kita?  kalau keluarga side suami.. maka amanahkan la kepada keluarga suami.. tapi kalau sebaliknya,  maka amanahkan la kepada keluarga si isteri. sbb ada sesetengah keluarga, dia lebihkan cucu lain atau dia x suka anak2 kecil. maka kasih syg adalah faktor utama yg perlu dititikberatkan. duit kita bole usahakan,  tetapi kasih syg perlu lahir dr hati yg ikhlas
Quote CiliPadiSedap 26-12-2017 12:42 PM
ok terasa pilu sedih, mai ada duit? sedekah kat anak yatim.. anak yatim yg sedia ada ni lagi pula kasihan tidak sempat tengok wajah mak ayah , berpisah adik bradik.

dalam kita merancang keluarga kita, kita hulurkan bantuan kepada anak2 yang tidak beribu berbapa.

akak setuju sangat masing2 merancang kewangan untuk anak2 keluarga. andai ada ilmu kongsikanlah dengan adk bradik. kurang kan berkongsi di facebook dan media social sebab sebahagian keyboard warrior otak nya terletak di lutut.

andai kurang ilmu kewangan carilah guru menuntut dan praktiskan. sambil menuntut uruskan strategi kewangan untuk anak2.

jangan besarkan anak2 dengan manjakan duit, boleh rosak anak2. bersederhana sebaiknya. usia umur 21 tahun sepatutnya tidak minta duit rokok motor kepada mak ayah. jadi asuh lah didik anak2 supaya cepat berdikari. skill didik anak2 masih akak pelajari. berguru lah. cari ustaz, cari guru psikologi, youtube, artikel.

salah satu amalan mengalir ketika kita tidak bernafas ialah amalan doa anak soleh soleha. melaburlah kepada anak anda untuk jadikan anak soleh soleha. yang belum bernikah melaburlah untuk memperbaiki diri untuk jadi anak yang dapat berbakti bahagiakan kedua ibu bapa. kelak anak anda kaya dengan sifat kebaikan dalam diri anda.



Quote awaynepian 26-12-2017 12:50 PM
CiliPadiSedap replied at 26-12-2017 12:42 PM
ok terasa pilu sedih, mai ada duit? sedekah kat anak yatim.. anak yatim yg sedia ada ni lagi pula ka ...

very nice kaka cili..
Quote awaynepian 26-12-2017 12:50 PM
CiliPadiSedap replied at 26-12-2017 12:42 PM
ok terasa pilu sedih, mai ada duit? sedekah kat anak yatim.. anak yatim yg sedia ada ni lagi pula ka ...

very nice kaka cili..
Quote Jorja 26-12-2017 01:37 PM
Best question ya. Selama ni asyik tanya orang kalau u tak ada anak nanti siapa yg nak jaga bila u tua? Dah sampai masanya yg selamat murah rezeki dapat jadi parents ni tanya diri sendiri soalan ni
Quote gdspls 26-12-2017 03:06 PM
terbayang pun menangis..
selalu harap meols yang mati dulu..
biarlah husband yang jaga anak2 sbb husband lbih rasional dari meols..
kang meols emosi lebih..
anak kemana meols ke mana..
Quote puteribaya 26-12-2017 04:05 PM
gdspls replied at 26-12-2017 03:06 PM
terbayang pun menangis..
selalu harap meols yang mati dulu..
biarlah husband yang jaga anak2 sbb h ...

tapi..sebenarnya kalau ibu mati dulu,kesedihan ditanggung anak2 lagi berat..kebiasaannya anak2 rapat dgn ibu..saya sorang ibu..x terbayang kesedihan anak2 jika saya mati dulu,,sbb sampai kini puun saya x bole bayangkan ibu saya pergi,,padahal ayah sudah hampir 30 tahun pergi masa masih alam pesekolahan,ibu kuat besarkan anak2..kalau harap bapa..jarang yg dapat tunaikan tugas dgn bagusnya..(mungkin % sgt sedikit)..paling2 dia menikah lagi..kalau dapat ibutiri baik alhamdulillah..jika sebaliknya..sedihlah roh ibu tguk anak2 terabai..jika bapa meninggal dulu, ibu mmg sedih tp kesedihan tidak lama sbb ibu selemah mana pun pasti akan berdiri kuat demi anak..so baiklah jgn minta ibu mati dulu, kesian sgt anak2 terabai dari segi emosi..tapi apapun semua kudrat iradatNya..kita cuma merancang
Quote zulka 26-12-2017 04:54 PM
puteribaya replied at 26-12-2017 04:05 PM
tapi..sebenarnya kalau ibu mati dulu,kesedihan ditanggung anak2 lagi berat..kebiasaannya anak2 rap ...


takleh bygkan mcmana anak2 tanpa ibunya..
nk tido cari ibu, buat keje skolah cari ibu, nk makan cari ibu....
Quote puteribaya 26-12-2017 04:58 PM
zulka replied at 26-12-2017 04:54 PM
takleh bygkan mcmana anak2 tanpa ibunya..
nk tido cari ibu, buat ke ...

betul bang..saya bayangkan anak2 saya sendiri ..sumerrr mama..minta duit belanja pun dari mama..dorang panggil papanya kalu toilet bocor..cepat jer jerit,,Pa,,toilet x leh pam...!!
Quote gdspls 26-12-2017 05:03 PM
puteribaya replied at 26-12-2017 04:05 PM
tapi..sebenarnya kalau ibu mati dulu,kesedihan ditanggung anak2 lagi berat..kebiasaannya anak2 rap ...

selalu mcm tu la ibu yang kuat
tapi melalui pengalaman meols
ayah meols meninggal dulu lepas 2 thn mak meols menyusul
nampak luaran mcm dia kuat tp sebenarnya dia dah cukup down
sebab dorg memang too closed dgn each other
so bila ayah meols takde tetaplah terasa kekosongan di hati mak meols
nasib la waktu tu anak2 dah besar..



Quote zulka 26-12-2017 05:05 PM
puteribaya replied at 26-12-2017 04:58 PM
betul bang..saya bayangkan anak2 saya sendiri ..sumerrr mama..minta duit belanja pun dari mama..do ...

iya betul..sama la dgn anak2 sy...ada 3 org, apa2 ibu..ibu...
paling penting time tido....semua kat ibu, yg no 2 & 3 kiri kanan....
yg no1 dah besar pun nk juga tido dgn ibunya dpt pegang tangan pun jadila katanya...

Quote naina 26-12-2017 05:30 PM
Sedih. Risau kan. Sebab tu slalu doa smg diriku dan suami panjang umur at least smpi anak2 boleh berdikari sendiri dah keje.
Skng pon byk plan insurans klu2 parents pg dulu. Tapi yang jaga kewangan mereka siapa? Risau jugak tu
Quote MyNameIsIris 26-12-2017 05:56 PM
i tak risau kot
2-2 belah sayang kat anak i

bab harta pun i yakin 2-2 belah akan uruskan dengan baik
insyaAllah....
i yakin dengan both family
Quote puteribaya 27-12-2017 08:59 AM
zulka replied at 26-12-2017 05:05 PM
iya betul..sama la dgn anak2 sy...ada 3 org, apa2 ibu..ibu...
paling penting time tido....semua k ...

hahaha..kesian abang..kat mana tempat bapak dia yek

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.080318 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top