CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Angkat Sendirilah!-Pekerja Syarikat Penerbangan Biadab, Beg Wanita Ini Habis Diconteng

27-12-2017 02:38 PM| Diterbitkan: Cari-Aimi| Dilihat: 7689| Komen: 51|Original author: Oleh: Aimi

Bila bercerita tentang pengalaman menaiki kapal terbang, masing-masing pasti mempunyai cerita yang berbeza-beza.

Macam seorang wanita yang dikenali sebagai Rose Kuruvilla, dia telah menceritakan tentang masalah yang dialaminya dengan salah sebuah syarikat penerbangan tempatan.



Rose dan keluarga, Foto: Facebook
Melalui Facebook, dia meluahkan kekecewaan tentang sikap kurang ajar pekerja syarikat penerbangan tersebut dan mempersoalkan etika mereka semasa melayan pelanggan.

Foto: Facebook Rose Kuruvilla

Menurut Rose, dia dalam perjalanan ke Sydney menaiki Business Class. Semasa dalam proses 'check in', beg mereka diletakkan di atas tempat penghantaran beg tanpa dilabelkan namanya. Pekerja tersebut bergegas mengejar beg Rose tapi terlewat.

Pekerja tersebut cuba untuk menghubungi bahagian penyimpanan bagasi tetapi menemui jalan buntu.

Mereka cuba meyakinkan Rose agar tidak risau hal beg tersebut dan akan memastikan beg tersebut akan berada bersama pesawat yang dinaiki. Siapa je yang akan bersetuju, lebih-lebih lagi bila kesilapan berlaku depan mata.

Respons dan tindakan mereka yang seolah-olah menyuruh Rose untuk beredar dianggap langsung tidak profesional dengan tiada kata maaf.

Rose terpaksa menunda masa penerbangan 12 jam kemudiannya kerana selepas 1 jam baru mereka menemui beg tersebut.

Perkara itu tidak tamat di situ bila tag yang ditulis oleh Rose 'this is not your bag' diconteng oleh pekerja terbabit. Sudahlah berlaku kecuaian sebab pekerja itu sendiri, begnya pula diconteng!

Foto: Facebook Rose Kuruvilla
Walau bagaimanapun syarikat penerbangan tersebut meminta maaf dan memandang berat tentang kes ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pekerja mereka. Ramai yang mengutuk syarikat penerbangan berkenaan kerana mempunyai pekerja yang tidak beretika.



Amanah kerja harus dijaga. Harap perkara ini tak berulang dimana-mana syarikat penerbangan lain. -CARI
3

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 27-12-2017 04:24 PM
biadapnya!

bg penganggur lain yg btl2 nk kije la kalau rude sgt
Quote zulka 27-12-2017 04:30 PM
ayat yg tulis kat stiker tu pun mcm sombong je...padanla muka
Quote missinpiece 27-12-2017 04:30 PM
Betul ke staff tu yg conteng? Cam bau ikan je cite
Quote AbukRokok 27-12-2017 04:33 PM
pekerja bangla ke
Quote ad_hoc79 27-12-2017 04:39 PM
rupanya sticker tu tulisan tangan. aku ingatkan tag beg yg mmg ayatnya gitu...
sticker tu mmg tuju kat pekerja di lapangan terbang.
eh eh...benda ni pulak yang aku sibukkan
Quote krustykrab 27-12-2017 04:49 PM
awektu mcm  poziah gaus
Quote missus_meow 27-12-2017 04:52 PM
si makcik business class berjumpa ngan pekerja airport yg pprt.  memang sesuwai.
Quote prettyuglybabe 27-12-2017 05:44 PM
perlu ke letak sticker not your bag tu kat situ?
tak boleh buat remark lain?
cerita macam satu beg tu kena conteng..
entah-entah bukan pekerja airport yang buat..
Quote idakamaruddin 27-12-2017 06:20 PM
nak ckp laki sheols lazat jah

Quote damian_lee 27-12-2017 06:53 PM
Bossy jer ???... Sepertinya dia yg mula dulu ....
Customer not always right jah???
Quote salmon-suki 27-12-2017 07:07 PM
So fishy pmpuan ni..firstly,perlu ke nk mention naik business class bagai?n tag tu pun nmpk macik ni very2 rude..org y x rude akn tulis "please"...ntah2 dia pun tinggi suara dgn staf2..lgpn based on her story,dia ckp staf mcm menghalau dia utk beredar sebab dia digesa utk naik flight tu..sentap ler macik ni,smpai putar belit cte n make others salah faham (tgk komen psl halau tu)...watevaa laa macik,len kali xyah naik mas,naik je malindo ke,airlines lain..and terus amek first class...
Quote damian_lee 27-12-2017 07:10 PM
salmon-suki replied at 27-12-2017 11:07 AM
So fishy pmpuan ni..firstly,perlu ke nk mention naik business class bagai?n tag tu pun nmpk macik ni ...

So far mas tak pernah mengecewakan
So aku skeptikal sikit yach
Pastu mcm dia yang start fight tu

So what kalau naik business class pun
Even yg naik ekonomi kelas pun me mmang dpt layanan yang baik

Nyampah la
Quote salmon-suki 27-12-2017 07:18 PM
damian_lee replied at 27-12-2017 07:10 PM
So far mas tak pernah mengecewakan
So aku skeptikal sikit yach
Pastu mcm dia yang start fight tu ...

Yep..ok je layanan staf mas..mmg rasanya macik ni y kuang aja tu..tgk cara penulisan dia pun dah tahu..xyah pegi jauh,tag y dia tulis kt beg dia pn menunjukkan her attitude..tgk ler ada ayat dia ckp psl pangkat "supervisor" buat keputusan supaya dia naik flight dulu,apa dia nk suh ceo mas turun bt keputusan?dia igt dia donald trump ke ape?paling lawak bila kwn2 dia y sokong tu,mmg sama spesis,jenis senang misunderstood and think highly of themselves..tgk komen2 tu..

Kalau dah rasa diri tu hebat sgt,naik private jet je..setakat bisnes class,apelaa sgt..tu mujur supervisor y bt keputusan..
Quote noraidil_06 27-12-2017 08:05 PM
Ur tag is rude too sister
Quote nuryakmal 27-12-2017 08:06 PM
thats the tag? aiyaaaa

Quote mizzmimi 27-12-2017 08:39 PM
They vandalise my bag!

Katanyaaaaa.. Over gilak kay.. Pasal management luggage tu memang sampah lah tapi..
Quote uda 27-12-2017 09:16 PM
Tag -this is not your bag  memang ada di jual. Tag plastik and boleh gantung kat luggage
Quote imransulaiman 27-12-2017 09:37 PM
Padan muka! Letak sticker ayat macam tu! Tak boleh ke buat ayat yang lebih elok?
Quote Lagubestbest 27-12-2017 09:40 PM
Bisnes class.. orang tolong angkat beg kita letak atas conveyor eh? Woaaa...

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.074582 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top