CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Orang Lain Makan Nasi, Lelaki Ini Ketagih Batu Bata Pula!

27-12-2017 04:22 PM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 3835| Komen: 15|Original author: Oleh: Has

Manusia semakin hari semakin pelik! Batu bata yang menjadi bahan binaan rumah dan bangunan kini menjadi kegilaan buat lelaki ini! 


Foto : Guronicle.com

Uishh! Sukar untuk percaya bukan? Batu bata keras, pasir yang kasar serta lumpur berbau busuk itulah yang menjadi pilihan lelaki ini. Anda pasti merasa jijik bukan?

Dipetik dari MJ Celebrity Magazine, lelaki berasal dari India, Pakkirappa Hunagundi ini berusia 33 tahun dan dia sangat ketagih dengan memakan batu-bata, pasir dan lumpur. Dia bagaikan sudah sebati dengan makanan sebegitu. 

Bayangkan, dia mula memakan objek pelik itu sejak berusia 10 tahun sehinggalah ke hari ini. Lamanya!




"Saya perlu memakannya setiap hari dan tidak boleh berhenti makan," ujarnya yang tidak mahu memakan makanan lain selain dari benda pelik itu. Sedap barangkali!

Ibu mana tak risau bila anaknya memiliki hobi pelik. Membahayakan kesihatan pula tu! Sudah bermacam cara dilakukan bagi membuang tabiat luar biasanya itu, malangnya ia tidak berkesan. Bagai mencurah air ke daun keladi!

"Bagi ayam goreng sekalipun, saya tetap pilih batu bata ini," katanya.

Ini dah tahap gila kalau sampai sanggup menolak sepinggan nasi yang penuh lauk semata-mata untuk memakan benda tersebut. 



Tapi, dari sudut positifnya, ia memang menjimatkan. Mana taknya, tak memerlukan kos tinggi untuk menyediakan bahan makanannya. Malah, ia boleh didapati dengan percuma saja! Tapi, dari sudut positifnya, ia memang menjimatkan. Mana taknya, tak memerlukan kos tinggi untuk menyediakan bahan makanannya. Malah, ia boleh didapati dengan percuma saja! Aneh bukan?

Untuk pengetahuan anda, setiap hari dia mampu untuk makan sebanyak 3 kilogram batu bata bagi memuaskan ketagihnya itu. Tubuh dia tak berasa anehkah apabila perut hanya dipenuhi batu bata? Tertanya-tanya juga, tak pernahkah dia jatuh sakit kerana kekurangan zat?

Disebabkan hobinya yang pelik itu, doktor menjelaskan bahawa Hunagundi berkemungkinan menghidap penyakit gemar memakan benda yang tidak memberikan khasiat sama sekali iaitu Pica. 


Pica? Apa tu?



Foto: MJ Celebrity Magazine

Pica adalah sejenis keinginan kuat untuk makan makanan yang bukan dari bahan makanan seperti kapur, pasir, batu, rambut dan lain-lain lagi. Biasanya, seseorang yang hobinya begitu dikaitkan dengan keadaan di mana kekurangan gizi seperti anemia, kehamilan atau sejenis  penyakit jiwa. 

Oh! Patutlah, ada juga ya, penyakit sebegitu?

Yang peliknya lagi, Hunagundi juga tidak pernah jatuh sakit semenjak makan objek pelik sebegitu. Okey, dah terjawab soalan di atas tadi.


Foto: Guronicle.com

Diharap, Hunagundi dan semua orang yang mempunyai hobi sebegini dapat dirawat kerana hobi sebegini dapat mengancam nyawa mereka terutama bagi mereka yang gemar memakan objek tajam. - CARI


Bagus

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
22

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 28-12-2017 08:35 PM
Kalu berak keluar pasir x
Quote matchstick 28-12-2017 08:37 PM
Batu bata tu percuma ke...bata merah tu mahal skrg org buat dinding pakai bata putih tu je.
Quote IsobelMelody 28-12-2017 09:17 PM
dari segi medical, maksud pica tu mengidam apa saja la TT .. bukan hanya benda pelik... mcm nang anum mengidam nangka... pica bukan kata khusus khas utk idamkan benda pelik..
Quote botol_purple 28-12-2017 11:30 PM

Nape makan batu ?
Quote botol_purple 28-12-2017 11:30 PM
Dugaan untuk mu..
Quote SerenaBlair 30-12-2017 04:00 AM
Pelik benar selera dia
Quote hudalarva 31-12-2017 01:44 PM
Attention seeker...
Quote onexox97 1-1-2018 07:49 AM
kalu scan perut mesti penuh dgn banda ni
Quote mattzzx 1-1-2018 12:09 PM
dah boleh buka kilang batu bata nanti..
Quote swimswim 3-1-2018 07:19 AM
Errk kesiannya beliau
Quote umbut 3-1-2018 08:59 AM
Kurang zat, mengidam ke arah itu.. sakit jiwa
Quote raihaneem 3-1-2018 09:05 AM
Nnti abih rumah org dikokaknya...

Asal dr tanah..mkn tanah....
Quote ReginaGeorge 3-1-2018 10:20 PM
Kat umah ayah banyak lagi bata bata pecah tak sempat dibuang.  Best nih kalu dia dapat datang tolong makan bata2 berlumut tuh
Quote SOFIA2017 4-1-2018 10:58 AM
selalu yg suka makan pelik2 ni mmg berpenyakit...

x sakit ke tekak dia dok telan benda kasar mcm tu
Quote lhrunderground 18-1-2018 10:08 PM
An offering of blood

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.251856 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top