Sebuah keranda misteri di tepi jalan Batu 4, Jalan Apas, Tawau, mengejutkan pengguna jalan raya di daerah itu. Memetik Harian Metro, keranda misteri itu dipercayai ditinggalkan di situ sejak beberapa hari lalu.
Menurut Sainal Sarsan, 28, dia mendakwa menyedari kehadiran keranda itu Isnin lalu ketika dalam perjalanan dari Semporna ke Tawau. Ketika itu, dia melihat empat lelaki bertopeng dipercayai remaja sedang mengheret sebuah keranda dan salah seorang daripada mereka membawa pedang samurai.
“Saya memandu lori membawa muatan ikan dan melalui jalan itu menuju ke Batu 4 pada jam 1 pagi. Sebaik tiba di lokasi, saya terlihat empat remaja lelaki bertopeng mengheret keranda itu ke tengah jalan raya,” katanya. Terkejut dengan situasi itu, Sainal gagal mengelak hingga kenderaannya melanggar keranda berkenaan sementara empat remaja terbabit melarikan diri. Ketika dia berhenti di tepi jalan, sebuah Perodua Myvi yang kebetulan melalui kawasan itu turut memberhentikan kenderaannya dan Sainal mengalihkan keranda ke tepi jalan. “Selepas diperiksa keranda itu kosong dan ia dialihkan bagi mengelak kejadian buruk,” katanya. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus mengesahkan kejadian dan pihaknya akan menyiasat empat individu terbabit. - CARI
|
13
Bagus |
25
Marah |
13
Terkejut |
8
Sedih |
7
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT