Bagaimana pemandangan anda ketika memandu di Malaysia? Penat sebab banyak bangunan pencakar langit di kiri dan kanan jalan? Atau leka sebab terlalu banyak papan iklan sepanjang jalan raya? Bagaimana kalau kami katakan anda harus cuba untuk memandu sekurang-sekurangnya 1 daripada 10 jalan raya terbaik di dunia – yang menawarkan keindahan ciptaan tuhan bersama kecanggihan teknologi manusia. 1) Valley of Fire Road, Nevada Bagaikan api tatkala dipanah cahaya matahari. Dari kejauhan bukit dari batu dan pasir ini jelas dengan rona merah dan jingga bersilih ganti hingga menerbitkan rasa kagum dengan keajaiban alam. 2) Atlantic Road, Norway Seperti filem aksi pula ketika memandu di jalan ini, ombak besar yang tingginya melebihi lebuh raya sesekali menunjukkan lagaknya. Jika bernasib baik, anda mungkin dapat melihat kelibat ikan lumba-lumba dan anjing laut yang turut bergembira di laut. 3) Milford Road, New Zealand Peminat ‘Lord of The Rings’ pasti kenal kerana inilah lokasi penggambaran trilogi filem epik ini. Jadi, apa lagi, anda yang peminat tegar LOTR pasti tak mahu ketinggalan merasa kemuncak ceritanya. Tapi percayalah, anda takkan terass kejauhan itu kerana memandang laut dan langit seakan-akan tiada penghujungnya. 5) Romantische Strasse, German Inspirasi Istana Cinderella, juga dikenali dengan ‘jalan penuh romantik’, nikmati pemandangan rumah berwarna-warni dengan atap kayu. Terasa seperti berada di kurun ke 14 pula. Bolehlah turun sekejap sambil berselfie. 6) The Transfagarasan: Romania Penduduk setempat menggelar tempat ini sebagai rambut yang beralun kerana struktur permukaanya yang bengkang bengkok. Penuh dengan lekukan, jambatan dan terowong pastinya ia pengalaman menyeronokkan. 7) Great Ocean Road, Australia Pastikan anda sampai ke sini jika ke Australia untuk melihat keindahan susunan batu kapur Twelve Apostles yang disebut-sebut itu. Di sini juga anda boleh melihat hutan hujan tropika dan taman negara. 8) Oberalp Pass, Switzerland Ini pula lokasi filem Hindi yang cukup popular. Dengan angin sejuk yang dibawa dari pergunungan Swiss, jalan ini cuma dibuka pada musim panas sahaja. Tetapi dalam musim sejuk, anda boleh mendapatkan keretapi untuk ke lokasi ini. 9) Scenic Byway, Arizona Nikmati pemandangan sepanjang 72km dari Arizona ke Utah dan anda akan merasakan seperti mengembara di seluruh Amerika Syarikat. 10) Jebel Hafeet Mountain Road, Abu Dhabi Jalan yang merentasi padang pasir ini pastinya mencabar adrenalin anda. Sebagai gunung kedua tertinggi di Arab Saudi, anda disarankan untuk memandu waktu petang supaya sempat menyaksikan matahari terbenam dari atas gunung. Jadi, ada tak rasa-rasa nak memandu di jalan raya ini? - CARI |
5
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
2
Sedih |
3
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
meisapoya replied at 2-1-2018 09:06 PM
Wow cantikkk. Kena upah pemandu kete / naik bas la mcm ni {:love
Nisda_ replied at 3-1-2018 08:49 AM
Tak payah upah pemandu, just rent a car and drive
sherry70: Edited by sherry70 at 3-1-2018 04:54 PM done cross country d US masa zaman tak ada gadget n media social cuma berpandukan map kertas . rentas j ...
Levespa replied at 3-1-2018 05:16 PM
wahh menarik.. dengan geng yg sama ke?
sherry70 replied at 5-1-2018 12:39 PM
3 old buddies plus 1 new. tapi to la nga pikir & pilih antara cross country d US or ke Peru ...
sherry70 replied at 5-1-2018 08:39 PM
3 old buddies plus 1 new. tapi to la nga pikir & pilih antara cross country d US or ke Peru ...
ajiqah replied at 8-1-2018 12:19 PM
wow.. so adventurous... korang umur berapa?
ADVERTISEMENT