CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Kanak-Kanak Ditinggalkan 9 Jam Di KLIA: MAHB Sangkal Dakwaan

2-1-2018 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14411| Komen: 175

MALAYSIA Airports Holdings Berhad (MAHB) menafikan dakwaan pihaknya meninggalkan seorang kanak-kanak tanpa pengawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) selapas tidak dibenarkan menaiki pesawat.


Sebaliknya, kanak-kanak itu ditemani oleh pasangan dewasa.

Foto: Sarawak Voice
Kenyataan MAHB, "Kanak-kanak terbabit tidak ditinggalkan berseorangan seperti yang dilaporkan tetapi ditemani pasangan dewasa malah kamera pengawasan kita menunjukkan mereka (kanak-kanak dan pasangan dewasa) dilihat meninggalkan lapangan terbang dengan menaiki kereta pada 1.48 tengah hari.

"Justeru, keadaan ini adalah berbeza dengan laporan yang dipaparkan dalam berita berkenaan."

Menurut Harian Metro, isu ini timbul apabila seorang bapa meluahkan rasa kekecewaannya terhadap polis bantuan MAHB yang menyebabkannya mengambil risiko meninggalkan anak perempuan 12 tahun keseorangan di KLIA selama 9 jam.


Kejadian berlaku apabila seorang dari tujuh anaknya tercicir MyKid ketika mahu mendaftar masuk penerbangan ke Kuching Sarawak.

Foto: Sarawak Voice
Walaupun laporan polis sudah dibuat namun kanak-kanak tersebut masih tidak dibenarkan melepasi pemeriksaan keselamatan.

Kenyataan dari MAHB menambah, "Ini adalah protokol keselamatan yang ketat sejajar Program Keselamatan Penerbangan Awam Kebangsaan (NCASP) iaitu hanya pengenalan asal atau dokumen perjalanan diterima untuk menaiki pesawat.

"Walaupun memahami kesulitan ibu bapa dan anak terbabit, kami tidak dapat berkompromi kerana langkah sudah disediakan untuk keselamatan lapangan terbang bagi menjaga keselamatan pintu masuk terhadap akses tidak selamat selain keselamatan individu serta syarikat penerbangan.

"Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua pelancong mempunyai dokumen perjalanan sah dan asli sebelum mereka dibenarkan menaiki sebarang pesawat." -CARI

11

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
17

Sedih
4

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 2-1-2018 08:15 AM



Kanak-kanak 12 tahun dari Kuching tersadai 9 jam di KLIA2 kerana Polis Bantuan hilang budi bicara

KUCHING: Seorang penjawat awam hari ini melahirkan kekecewaannya terhadap “kebiadapan” pegawai Polis Bantuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang menyebabkannya terpaksa mengambil risiko meninggalkan anak perempuannya yang berusia 12 tahun keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) tanpa pengawasan hampir sembilan jam hari ini.


Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pendidikan Negeri, Wan Fadillah Wan Ahmad berkata, kejadian berlaku pagi tadi apabila salah seorang daripada tujuh anaknya tercicir mykid ketika hendak mendaftar masuk penerbangan ke Kuching menggunakan pesawat Air Asia sekitar jam 1.40 petang.

“Apabila menyedari kehilangan MyKid itu, saya segera membuat laporan polis di KLIA2 sebelum menemui anggota keselamatan MAHB di pintu masuk pelepasan domestik untuk memaklumkan masalah yang dihadapi.

“Malangnya anggota terbabit bertegas, anak saya tidak dibenarkan melepasi pemeriksaan keselamatan biarpun ditunjukkan laporan polis , salinan pasport dalam telefon bimbit dan salinan sijil surat beranak.

Kata Wan Fadillah lagi, lebih mengecewakan, beliau didesak untuk menunjukkan Mykid dan sijil beranak asal, biarpun tahu sukar baginya untuk mendapatkannya pada waktu itu.

Saya menghubungi Pengarah Imigresen Sarawak, Ken Leben untuk membantu dan pegawai-pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan KLIA2 telah cuba menghubungi Ketua Keselamatan Pelepasan Dalam Negeri berpangkat Inspektor, namun usaha mereka gagal.

“Sebaliknya pegawai terbabit mendesak Imigresen Sarawak mengeluarkan surat pengesahan, sesuatu yang amat mustahil diusahakan dalam jangka masa terdekat.

Oleh kerana waktu penerbangan semakin hampir, Wan Fadillah terpaksa membuat keputusan meninggalkan anaknya berseorangan di KLIA2 sebelum beliau sendiri mendapatkan pasport anaknya di Kuching, dan terbang kembali ke Kuala Lumpur.

“Saya ke KLIA2 menggunakan penerbangan pada jam 5.40 petang dan menjemput anak saya untuk terbang ke Kuching menggunakan penerbangan pada jam 10.35 malam.

Katanya, yang menjadi kekesalannya adalah tiada tindakan oleh pihak MAHB untuk menghulurkan bantuan dalam kes ini.

“Kita tahu mereka menjalankan tugas, tetapi mereka juga harus faham situasi seperti ini yang boleh berlaku kepada para penumpang, terutamanya orang luar.

“Seharusnya mereka menyediakan pegawai berautoriti yang boleh bertindak untuk menyelesaikan masalah sebegini, termasuk mempertimbangkan masalah yang dialami oleh pelanggan.

Katanya, beliau kesal dengan sikap tidak profesional MAHB, termasuk kesombongan pegawai barisan hadapannya.

“Mereka malah sehingga menghalang saya berjumpa dengan pegawai atasan mereka.

“Pengalaman ini amat mengecewakan dan saya akan membuat aduan rasmi kepada pihak Menteri Pengangkutan,” tambahnya lagi.

Sehingga berita ini ditulis pada jam 11 malam, dua beranak ini masih menunggu penerbangan yang lewat satu jam daripada yang dijadualkan.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x522.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x714.

Quote mjla 2-1-2018 08:39 AM
Jf pati lg sonang kat Msia nih
Quote Vokuro 2-1-2018 09:20 AM
bodoh sombong abah ini. follow jah rules, kalau gitu senang la orang nak culik budak bagi alasan hilang mykid
Quote ~boolean 2-1-2018 09:27 AM
Bodoh sombong...kau yang cuai ambil mudah uruskan mykid, kemudian salahkan pihak lain.

Bangang.
Quote onexox97 2-1-2018 09:28 AM
no komen la
dah itu prosedurnya
memang kena ikut je lah
Quote zach2008 2-1-2018 09:35 AM
Bg aku ada 2 isu :
1. Mykid hilang. Kena ikut prosedur la. Tak boleh, maksudnya tak boleh.
2. Mengapa kata kanak2 tu ditinggal berseorangan. Mengapa tak isterinya yg batalkan penerbangan dan temani anak mereka. Atau si ayah berbuat demikian sementara si isteri ambil penerbangan utk ambil passport/ sijil kelahiran yg asal.
Quote yayangmama 2-1-2018 09:43 AM
my jiran pulak, mujur la dia tinggal kan kunci

ic ank dia umur 14ys tertinggal, flight kul 7, nk g langkawi

hahaha...xpsal geledah rumah org cari ic, sbb ank dia lupa letak ic kt mana
Quote manehnya 2-1-2018 09:44 AM
x faham naper nk salahkan MAB dan polis bantuan, hal rumah tangga x reti nk atur pastu nk salahkan org lain plak, apa jadah pulak org lain nk mengasuh anak dia..
Quote prettyuglybabe 2-1-2018 09:49 AM
anak ramai sangat sampai benda penting pun boleh cicir..
dah rules kena tunjuk original ic or passport..
ko tunjuk la macam mana clear copy ic passport pun tak lepasnya nak masuk..
pastu nak salahkan pihak lain pulak..
Quote EncikRhoma 2-1-2018 09:51 AM
pegi husband n wife ke? kenapa salah sorang taknak tinggal?
Quote tungkai 2-1-2018 10:02 AM
Apasal mak atau bapak tak stay dengan anak jadi peneman? Ingat naik bas ke boleh guna budi bicara?
Quote Simunggu 2-1-2018 10:11 AM
FOTHER-MUCKER replied at 2-1-2018 08:15 AM
Kanak-kanak 12 tahun dari Kuching tersadai 9 jam di KLIA2 kerana Polis Bantuan hilang budi bic ...

bapa lagi bodoh...kalau aku tak payah lah terbang naik kapal kalau 1 org terkandas...cari kapal lain
Quote Muntz 2-1-2018 10:26 AM
Setau aku lah. Kalau myKad or myKid hilang, boleh jah buat report polis kat kaunter polis airport, immediately diorg akan bagi police report, dan itu boleh dipakai utk boarding. Bekas boss aku dulu penah jugak hilang IC, ingat boleh pakai driving licence, last2 dia disuruh buat report polis kat situ, terus pakai police report utk boarding.

Masalahnya mgkin sbb diorg ni ada mentaliti kasta. Kalau org Sarawak atau Sabah, mgkin diorg pikir ala2 PATI gitu. Sedara bangla diorg boleh jer lepas 100 lebih sehari.
Quote matamata 2-1-2018 10:36 AM
baru2 ni pun ada kes kat Dubai, Emirates tak benarkan anak player kriket terkenal India utk boarding flight sbb budak tu takde dokumen, ini actually ada kaitan dgn child traficking, kalau dah tua bangka tu lain ceritalah...
Quote Vokuro 2-1-2018 10:38 AM
Muntz replied at 2-1-2018 10:26 AM
Setau aku lah. Kalau myKad or myKid hilang, boleh jah buat report polis kat kaunter polis airport, i ...

Kerja sarawak tak mesti nya orang sarawak, lepas ke masuk sarawak nak kena lalu imigresen pelbagai dengan report police??
Quote Vokuro 2-1-2018 10:40 AM
Simunggu replied at 2-1-2018 10:11 AM
bapa lagi bodoh...kalau aku tak payah lah terbang naik kapal kalau 1 org terkandas...cari kapal la ...

Siste pun bodoh tak faham artikel, heshe terbang sebab nak ambil passport kat rumah di sarawak
Quote GegarVaganja 2-1-2018 10:53 AM
Nasib kau la dik, dapat bapak bodoh macam tu

Quote dockers 2-1-2018 11:00 AM
Laki ni bini PTD.. patutlah
Quote Simunggu 2-1-2018 11:01 AM
Vokuro replied at 2-1-2018 10:40 AM
Siste pun bodoh tak faham artikel, heshe terbang sebab nak ambil passport kat rumah di sarawak

ya lah..1 org shj terbang (samada bapa atau emak)....jangan semua bagi tinggal anak tu 1 org...

Lihat semua komen(175)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.061525 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top