CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Terkejut Anak Mati Tergantung Di Rumah

3-1-2018 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4094| Komen: 20

Ibu terkejut mendapati anak lelakinya mati tergantung di kediaman di Taman Desa Murni, Sungai Dua, di sini, malam tadi.

Memetik BH Online, mayat pelajar Tingkatan Empat itu ditemui ibunya kira-kira jam 9.30 malam sebelum menghubungi polis.


Dipercayai, kejadian berlaku ketika ibu bapa dan ahli keluarga mangsa tiada di rumah, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.


Foto: BH Online

"Berdasarkan keterangan ibunya, anak kedua daripada empat beradik itu bersendirian di rumah apabila dia, suami dan ahli keluarga lain keluar.

"Kali terakhir ibunya bercakap dengan mangsa ketika mangsa keluar dengan adik perempuannya dan terkejut sebaik pulang menemui mangsa mati tergantung di bahagian tepi tangga rumahnya.

"Ketika pemeriksaan di kediaman teres dua tingkat itu kita dapati rumah berkenaan berada dalam keadaan elok dan tidak menemui sebarang unsur jenayah," katanya.

Tambahnya, mangsa tidak meninggalkan sebarang nota dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Sehingga keputusan bedah siasat diperoleh, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - CARI
2

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dutch_lady 3-1-2018 11:42 AM
putus cinta ke dik?????
Quote CardiGans85 3-1-2018 11:53 AM
Tiada unsur jenayah. Mgkn depression barangkali atau ada pyakit jiwa yg lain. Apa pun, takziah kepada keluarga.

Klu pergi x kembali x pela, mmg lumrah. Ni x bole2 pegi, adoyai kita yg hidup ni kena tlg 'dia' pula.
Quote myakayina 3-1-2018 12:06 PM
apalah yg dia pendam dan sampai dah tak mampu nak tanggung lagi tu ya..   kdg org sekeliling ada yg tak mengerti apa yg  seseorang tu tanggung, bila diluahkan ada je yg tak kena ..kdg tu makin dibebelkan lagi..better tak perlu share.. sudahnya dah tak mampu nak bertahan lagi.. dan tamatkan riwayat sendiri..
Quote prettyuglybabe 3-1-2018 12:24 PM
masalah family atau masalah belajar atau masalah cinta..
Quote mieymiey 3-1-2018 12:30 PM
Ya Allah, masalah apa la agaknya yang adik ni pendam
Quote modesty 3-1-2018 12:35 PM
Masalah tekanan family ni for sure...sbb klu masalah cinta x logikla..melainkan ada siasatan mendalam ckp ada kekasih..
Quote Burong_Hantuk 3-1-2018 12:39 PM
salam takziah.mungkin anak tuh tertekan
Quote ninja boy 3-1-2018 01:24 PM
manusia zaman akan datang akan memandang masuk kubur itu surga dan dunia itu neraka, ia akan slow2 dari sekarang
Quote liyanur 3-1-2018 01:38 PM
apsal byk berita mati ja arinih...
Quote scorpionkiki 3-1-2018 02:12 PM
agaknya result pt3 dia tak seperti yg diharapkan kot
Quote yangsemb 3-1-2018 06:09 PM
Keluarga x sense apa2 ke...mabey sometin happen in school or at home. Bru jer start balik sessi persekolahan...anyway takziah, semoga bertabah dgn dugaan diawal tahun
Quote Modngengade 3-1-2018 06:19 PM
Ummah jinjang ke estet dekk?
Quote giyomi 3-1-2018 06:37 PM
tekanan perasaan yg tak mampu terbendung lagi bole bawak ke pelbagai kenegativitian. Klu dia nak luahkan tkt kengkawan tak memahami or mugkin di ketawakan, nak bagitau mak bapak mungkin terlampau personal dan takut diaorg tak terima. Tak tau nak ckp apa selain takziah, harap mak bapak dia bukan jenis yg pilih kasih sehingga dia sering terabai.
Quote cyber_mania 3-1-2018 07:20 PM
Kesian nya kat keluarga yg menanggung. Depression la ni agaknya. Makin banyak dah kes2 depression.
Quote revolusi_30 3-1-2018 07:25 PM
Modngengade replied at 3-1-2018 06:19 PM
Ummah jinjang ke estet dekk?

Ummah belacan sis. ..
Quote sukacactus 3-1-2018 07:33 PM
scorpionkiki replied at 3-1-2018 02:12 PM
agaknya result pt3 dia tak seperti yg diharapkan kot

Sebaya nak sulung
Aku speku yg sama
Result pt3 xgempak, xleh masuk science stream
Tu kot yg kecewa sgt
Quote JohnDeSouza 3-1-2018 09:43 PM
Buat apa masuk.sc stream.better amik accountant
Quote taikor 3-1-2018 09:57 PM
revolusi_30 replied at 3-1-2018 07:25 PM
Ummah belacan sis. ..

ko ni... tak boley tahan  
Quote whadda 6-1-2018 12:41 PM
bile berita ni.. nape berita ni sama ngan berita yg aku bace kat FB.. tapi dah beberapa hari lepas la.. kat FB kenalan rapat parents tu tulis kat komen budak ni meninggal dalam keadaan tergantung dengan tangan dan kaki terikat dan ade kesan lebam2 kat badan.. cuma dalam berita je cakap mayat ditemui tergantung dan tak tulis bunuh diri sbb baru nak siasat

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.074378 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top