CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kerja Di Pejabat Lagi Cepat Gemuk? Oh, Tidak!

5-1-2018 12:18 PM| Diterbitkan: Cari-Hana| Dilihat: 4078| Komen: 11|Original author: Oleh: Hana Yaacob

Isu naik berat badan memang satu masalah besar bagi sesetengah orang. Ini fakta menakutkan bagi mereka yang menjaga badan di luar sana. 


Foto: Meshpedia

Malah, boleh jadi gaduh atau terasa hati sekiranya ditegur naik berkilo-kilo. Mana taknya, puas berdiet tapi ada sahaja rakan menegur "Eh, makin montel kau sekarang!"

Ini menyebabkan kita menjadi stres hingga menyebabkan nafsu makan meningkat.

Baru-baru ini, sebuah kajian mendapati jenis pekerjaan juga mempengaruhi berat badan. Ini kerana ketika di bandar, rakan sekerja biasanya membawa makanan.


Foto: The Muse
 
Rakan-rakan akan berkongsi makanan dengan kita terutama ketika tahu kita masih belum menjamah makanan selepas seharian bekerja. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak. Situasi ini antara punca menjadikan kita akan berkongsi makanan dan menyebabkan berat badan meningkat. Mana taknya, makin bertambah selera jika makan sambil berborak dengan teman.

Menurut kajian CV-Library pula, hampir sepertiga pekerja berbangsa Inggeris menyatakan, banyak aspek boleh menyebabkan bertambahnya berat badan. 1,200 pekerja mengakui bebanan kerja punca berat badan meningkat dan 75 peratus daripada jumlah itu mengakui faktor tidak bahagia juga menjadi penyebabnya.


Foto: Daily Mail

Faktor hubungan dan bebanan kerja yang bertambah saban hari memang satu masalah besar untuk kita mudah merasa lapar, lebih-lebih lagi waktu petang. Apabila badan menjadi letih, mulalah terasa nak mengunyah sesuatu seperti pisang goreng, kekacang mahupun kerepek.

Lee Biggins, Ketua Pengarah CV-Library menjelaskan kesulitan menyeimbangkan antara gaya hidup sihat dan tuntutan karier menjadi punca berlakunya kenaikan berat badan. 


Foto: Carian Internet

"Ditempat kerja, kita akan sibuk dengan pelbagai urusan hingga tidak menjaga pemakananan seimbang. Keadaan itu menyukarkan kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

"Berat badan meningkat adalah perkara biasa, namun apa yang membimbangkan adalah apabila berada di tempat kerja terutama yang menuntut kita duduk di meja seharian.

"Oleh itu, perlu bagi setiap pekerja melakukan riadah dan senaman sama ada di gimnasium ataupun di taman," katanya.

Lee Biggins menyarankan pekerja seeloknya berjalan kaki ke tempat kerja. Lebih baik jika memarkir kenderaan jauh daripada bangunan atau tempat dituju.


Foto: Talking Cents

Selain itu, berbasikal juga boleh memberi kecergasan dan salah satu cara yang bagus untuk datang ke tempat kerja.


Foto: City West Office Park

Petua yang baik, sebaik pulang dari kerja, segera bersihkan diri dengan mandi air sejuk. Dan kalau mudah rasa lapar, minum air kosong. Lebih sihat dan tiada kalori. Semoga info ini bermanfaat buat kita semua, ya! - CARI

2

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 5-1-2018 12:38 PM
makan tu kena control@jaga
jgn semua benda nak dikunyah dah tu byak pulak...
selain dr tu kena rajin jugak  bersenam
kalau setakat ckp nak kurus, nak kururs...x akan kurus nyaaa...
Quote rospinki 5-1-2018 01:49 PM
Mulut tu jgn asik mengunyah je. Lagi satu jgn makan time lapa..makan ikut time. Sedikit2 dan pelan2. Den pun koje hopis..kalau nak makan berbufet pun boleh aku..tapi tetap makan secubit sedikit2..tapi aku suka mkn macam2 dan masak respi baru
Quote noni165 5-1-2018 03:52 PM
mmg betul la tu..duduk pulak dlm aircond je..mcm mana nak peluh..mulut pulak nak kena mengunyah,bukan sbb lapar pun kdg2 tu,sbb ngantuk..nak berborak hilangkan ngntuk xboleh.nnt bos jeling..ha,contohnya siapa mcm tu,,aku la tu..hahaha
Quote Artemesiaa 5-1-2018 05:22 PM
Kurang nak bergerak makan lunch pun tak keluar main order mintak orang belikan dan makan di ofice.  Belum lagi tak berhenti buat tah apa2 majlis tak henti2 makan tiap minggu mana tak cepat naik badan.  Balik rumah pun malas nak bersenan.  Ada tangga lebih suka guna lifts mana tak menyumbang.
Quote sulan01 5-1-2018 07:02 PM
Orang gemok & kuat makan memang ada memacam alasan untuk justify kenapa dia  jadi gitu...
Quote umbut 5-1-2018 08:07 PM
Atas meja stok makanan, kepek bagai.. nyum2
Quote retnoel 5-1-2018 09:37 PM
Setiap partition ada stock jajan dalam balang.. Kacang, kepek, pop corn, blabla..bila menyinggah mkn..mau tak mok2..
Quote Jorja 6-1-2018 08:20 AM
Colleagues I dlm sehari banyak kali p kantin.. lepas tu sindir orang anti social padahal jeles sebab kita bawa bekal salad..with no dressing lagi ya. Bukan ke pretty girls eat salad n fruits
Quote bulalof 6-1-2018 10:49 AM
kena banyak bergerak....

depends on the nature of job jugak...
Quote yangsemb 6-1-2018 09:33 PM
Iolls masa keje opis boley maintain body, antara sbb cepat sedar badan naik bila office attire mula ketat. Then bila start jd full time hsewife badanku naik bagei dipam2 weii{:dot
Quote rosasen 7-1-2018 03:14 PM
Terasa la plak.... kt meja opis ngadap komputer sambil ngap wafer...hahahaha

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.239200 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top