Istanbul memang jadi tumpuan ramai pelancong Malaysia yang tak putus-putus ke sana bagi melihat seni binaan Islam dan pemandangan yang maha indah. Lagilah sejak meletup filem Manisnya Cinta di Cappadocia, ramai yang berangan untuk menaiki belon panas dalam suasana romantik. Tapi bagaimana pula dengan ole-ole yang harus di bawa pulang? Netizen, Ibrahim Ismail berkongsi tip membeli dengan tumpuan lebih kepada Spice Bazaar. 1) Tukaran mata wang Bagi memudahkan ‘shopping’, anggap saja 1 TL (Turkish Lira) bersamaan RM 1. Yang sebenarnya jumlah Turkish Lira lebih 20-30 sen, tetapi anggaplah yang lebih itu sebagai sokongan kita kepada ekonomi umat Islam. Nak jimat? Bawa USD dan tukarkan di ATM di Turki. Sebagai contoh 1000TL = RM 1200 di ‘money changer’ Malaysia, tetapi ATM Turki akan menjadikannya RM 1085 (Disember 2017). Jangan lupa aktifkan pengeluaran antarabangsa bank ya. 2) Baju sejuk / boot Harganya boleh tahan antara 20-200 TL. Baju sejuk pula lawa-lawa seperti ‘winter coat’ ringan dengan dihiasi bulu ‘ostrich’ yang di Malaysia harganya RM400 tapi di sini pula 200TL sahaja. 3) Karpet Kalau karpet terpakai harganya antara 25-100 TL. Tapi yang baharu pun tidaklah mahal mana. Ada yang beli karpet nipis untuk dibuat sejadah atau lapik meja dengan harga 10 TL sahaja. 4) Kopi Singgahlah minum di deretan kedai sini. Antara yang ramai pelanggan ialah kedai Karukahveci Mehmet Efendi Mahdumlari. Harganya 10TL untuk saiz satu tapak tangan. 5) Turkish Delight / Baklava Boleh beli timbang atau siap kotak. Harganya juga murah antara 10TL - 80TL bagi setiap kg. Cuma perlu berhati-hati lah bila beli kotak, sebab ada kes manisan berulat bila sampai ke Malaysia. Jadi, beli lah di tempat yang berbeza. Rasanya memang manis seperti bergelen-gelen gula tumpah (walaupun mereka kata madu). 6) Kekacang dan buah kering Sangat wajib dibeli sebab murah. Dengan badam, kacang pistachio, gajus dan lain-lain, harganya hanyalah 20 - 55 TL bagi setiap kg. Murah kan? Hai, beratlah beg untuk dibawa pulang nanti. 7) Cenderamata /'key chain' Ada yang bernasib baik beli 10 ‘coin pouches’ percuma satu ‘cp’. Selain itu, ada yang beli lima ‘key chain’ dapat percuma satu. Harganya pula 1TL saja yang kalau kat Malaysia, macam dah jarang jumpa harga begitu. Ole-ole popular di Turki ialah mata biru hitam (Evil Eye/Nazar Boncugu). Ia adalah kepercayaan mereka atau tangkal untuk menyelamatkan diri dari mata-mata yang penuh kedengkian terhadap kejayaan dan kecantikan anda. Boleh beli tetapi jangan percaya, nanti syirik. 8) Lampu warna warni Suka dekor rumah? Ini untuk anda, lampu warna-warni yang harga antara 15-95 TL. Jadi, bolehlah beli kemudian letak di ruang tamu ataupun porch. Barulah nampak Turki. 9) Bagasi Orang perempuan sukalah bab menambah beg. Maklumlah lepas shopping sakan, tiba-tiba beg beranak. Dengan beg kain (sederhana) siap dengan empat roda dan kunci zip, harganya cuma 45TL saja. Beg paling besar pun harganya 75TL saja. Orang Turki memang boleh berkompromi, cuba sahaja tawar menawar dan mereka akan memberi harga mampu milik. Jadi bagaimana? Dah siap untuk pecahkan tabung bagi kunjungan ke Turki? - CARI Kredit : FB : Ibrahim Ismail |
37
Bagus |
12
Marah |
28
Terkejut |
24
Sedih |
16
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 4-1-2018 01:08 PM
Best boleh tawar menawar.. kat korea dilarang bargain.. mau ditenung kita kalau mintak tawar.. haha
nolya replied at 5-1-2018 01:06 AM
Posting anda membuat saya rasa cemburu. Bilalah saya boleh ke sana. Kalau package tour di bawah 4K ...
ADVERTISEMENT