CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pak Andam Disangka Tidur Rupanya Sudah Tiada..

4-1-2018 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5453| Komen: 30

Disangka sedang tidur, namun rupanya seorang pak andam didapati sudah pun meninggal dunia. 

Harian Metro melaporkan mayat Rudy Alpian Zahari, 37 yang juga dikenali sebagai Aechik ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan serumahnya di Kuala Krai semalam. 


Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan tompokan darah di bawah bantal yang digunakan mangsa, seperti yang dikatakan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning.

"Kita turut menemui kesan darah di bahagian kanan dan kiri leher mangsa. Bagaimanapun, kita dapati tiada kesan geledah di biliknya.

"Punca kematian mangsa masih belum diketahui dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk bedah siasat," katanya. 

Dalam pada itu, rakan serumah mangsa, Mohammad Yaacob, 47 berkata dia cuba mengejutkan mangsa daripada bangun tidur. 

foto Kosmo!
"Bagaimanapun, selepas beberapa kali mengejut Aechik, dia masih tidak sedarkan diri. Saya mendapati badannya sejuk dan tiada denyutan nadi.

"Saya kemudian terus hubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya. - CARI 

4

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 4-1-2018 11:29 AM
Takziah.
Dah sampai ajalnya.
Quote haryatie 4-1-2018 11:32 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun..
dia sakit ker..

Quote paz 4-1-2018 11:42 AM
Sakit kot, takziah.
Quote zeed 4-1-2018 11:46 AM
Ada sorang yang aku kenal mcm ni gak. Bekas nyah.. meninggal pun sorang2 macam ni. Dah 2,3 hari meninggal baru org perasan.
Quote cap_ayam 4-1-2018 12:27 PM
Takziah buat keluarga dan kawan2 arwah.
Quote vanillaninja 4-1-2018 12:31 PM
Salam takziah buat family.

I baca news on Twitter katanya sebelum arwah meninggal, arwah amalkan pil kurus 7 botol and makan nasi once a week untuk masuk satu pertandingan in Thailand.

Quote batmana 4-1-2018 12:42 PM
vanillaninja replied at 4-1-2018 12:31 PM
Salam takziah buat family.

I baca news on Twitter katanya sebelum arwah meninggal, arwah amalkan  ...

msuk pertandingan kuruskn badan ke apa?

Quote chinta89 4-1-2018 12:47 PM
takziah.

dia sakit ape?
Quote meklalala 4-1-2018 01:10 PM
orang kg sebelah mek ni..kawan rapat sepupu mek jugak..innalillah
Quote mieymiey 4-1-2018 02:00 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun. Tompokan darah di bantal tu, arwah ada sakit apa-apa ker?
Quote vanillaninja 4-1-2018 02:10 PM
batmana replied at 4-1-2018 04:42 AM
msuk pertandingan kuruskn badan ke apa?

'Pak andam' ditemui mati dengan kesan darah di leher
Sinar Harian | Januari 03, 2018 19:30 MYT




Mayat Rudy Alpian (kiri) ditemui mati oleh rakan serumah kira-kira jam 10 pagi, hari ini. - Sumber foto Sinar Harian Online

KUALA KRAI: Mayat seorang jurusolek ditemui dengan kesan darah di leher kiri dan kanan di rumahnya di Guchil Enam,kira-kira jam 10 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai,Superintendan Abdullah Roning berkata, mayat Rudy Alpian Zahari,37 tahun,ditemui terbaring di atas katil sebuah rumah yang didiami bersama rakannya.

"Kematian mangsa yang juga juru solek hanya disedari rakan serumahnya setelah majikannya datang untuk mengajaknya ke sebuah sekolah untuk membuat gubahan bunga.

"Apabila rakan serumah mengejutkannya,lelaki itu tidak bangun,lalu dia memeriksa nadi dan mendapati badannya telah sejuk," katanya.

Abdullah berkata, rakannya kemudiannya memanggil majikan mangsa untuk memeriksa nadinya sekali lagi.

“Sementara itu, temubual dengan majikannya mendapati  mangsa  mengambil sejenis produk kecantikan dalam bentuk kapsul untuk melangsingkan badan sebagai persiapan  menyertai  pertandingan ratu cantik di Thailand pada bulan Februari depan.

"Mangsa juga dipercayai telah makan pil tersebut sebanyak  tujuh botol dan  hanya makan nasi  seminggu sekali serta seringkali mengadu penat dan sakit di bahagian dada sejak mengamalkan produk jamu berkenaan," katanya.

Abdullah berkata, hasil pemeriksaan dalam bilik mendapati terdapat kesan darah pada bantal di bawah kepala mangsa.

"Bilik tersebut dalam keadaan kemas tanpa sebarang  kesan geledah,telefon bimbit  serta beg tangan berada bersama mangsa.

"Hasil pemeriksaan  di bilik juga tidak menjumpai tali atau senjata ,polis bertindak merampas bantal dengan kesan darah serta telah di rampas dan di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini polis tidak menemui sebarang  unsur jenayah berhubung kematian mangsa.

"Bagaimanapun, kita menunggu keputusan bedah siasat ke atas  mayat mangsa yang  telah di hantar ke Hospital Kuala Krai," katanya.




Quote lasagnaklcc 4-1-2018 02:10 PM
Mungkin juga darah dari hidung atau mulut mengalir ke leher kot.

Quote chauky314 4-1-2018 02:13 PM
sakit apa ek, darah2 tu.. muka jambu abis
Quote noni165 4-1-2018 02:21 PM
innalillah...takziah
Quote yangsemb 4-1-2018 03:07 PM
Takziah...{:spec
Quote Siputjelly 4-1-2018 03:34 PM
takziah. sakit barangkali
Quote kakiah12 4-1-2018 03:40 PM
Takutnya telan pil kurus x tentu hala ni.
Quote Modngengade 4-1-2018 04:01 PM
lama tak nmpk  kaka @famri7  .......apakah?
Quote famri7 4-1-2018 08:24 PM
Modngengade replied at 4-1-2018 08:01 AM
lama tak nmpk  kaka @famri7  .......apakah?

sister pon bakalan cash mcm ittew tatkala makan pil kopek 3 kali sehari.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.056549 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top