Orang awam dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki di dalam longkang berhampiran Jalan Meranti, Bandar Utama Batang Kali, Selangor.
BH Online melaporkan, orang awam menemui mayat lelaki tempatan berusia 34 tahun itu kira-kira jam 7.45 pagi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu dan anggota dari Balai Polis Batang Kali dikerahkan ke lokasi. "Mangsa yang lengkap berpakaian, ditemui tertiarap di dalam longkang yang berair," katanya.
Tambahnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui. "Selain itu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal. "Polis juga tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian. Semakan mendapati mangsa mempunyai rekod lampau kes dadah," katanya. Hasil bedah siasat merumuskan mangsa mengalami sawan sebelum lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI |
10
Bagus |
19
Marah |
4
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT