Sekarang ini macam-macam isu yang timbul berkaitan bidang pendidikan. Pihak sekolah kadang kala perlu berhati-hati untuk memberi tunjuk ajar apatah lagi mengambil tindakan mendenda pelajar-pelajar atas kesalahan yang dilakukan ketika berada dalam kawasan sekolah. Walaupun kadang kala denda yang diberikan oleh guru-guru kepada para pelajar itu dengan tujuan untuk mendidik, namun ramai juga ibu bapa yang tidak dapat menerima. Mungkin sayangkan anak tidak bertempat orang kata. Bagaimanapun, denda yang dilakukan oleh salah sebuah sekolah ini menarik perhatian Eizan Ariffin dan ianya dikongsi di laman facebooknya. Denda solat dhuha kepada pelajar Muslim yang datang lambat ke sekolah ini dianggap lain dari yang lain dan jarang-jarang dipraktikkan oleh kebanyakan sekolah. Ramai netizen yang menyokong denda solat dhuha ini sebab amalan solat dhuha bagus dilakukan dan boleh dijadikan amalan. Tapi sedih juga sebab awal-awal sesi persekolahan dah ada yang datang lambat ke sekolah. Nampak sangat pengurusan masa ibu bapa menghantar anak ke sekolah dan sikap pelajar itu sendiri masih lemah. Tapi risau juga, nanti ada pula pelajar sengaja datang lambat sebab nak kena denda solat dhuha kat sekolah. Yang tu mesti pelajar baik dan soleh kan? Tapi jangan sampai langgar peraturan sekolah. Tak baik tau. Korang pernah tak kena denda sebab datang lambat ke sekolah? Jom kongsi pengalaman kena denda kat ruangan komen. Manalah tahu ada lagi denda yang rare. - CARI
|
7
Bagus |
9
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
5
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ahlisihircute replied at 4-1-2018 03:08 PM
Sepanjang aku bersekolah...x pernah aku dtg lambat...
kivio: Masalahnya kalau student nak dhuha, ade ke break untuk pi solat?
ahlisihircute replied at 4-1-2018 03:08 PM
Sepanjang aku bersekolah...x pernah aku dtg lambat...
CiliPadiSedap replied at 4-1-2018 03:42 PM
mak ayah cikgu ye mengikut statistik bancian kaka, parent cikgu anak dia selalu datang awal ...
ADVERTISEMENT