Ibu kepada Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, Rita Rudaini merupakan seorang selebriti yang tidak takut untuk berkongsi kisah hidupnya di media sosial. Walaupun sebelum ini pernah beberapa kali netizen menghentamnya dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan, ia tidak menghalang Rita untuk terus bercakap benar. Baru-baru ini ketika kanak-kanak mulai memasuki alam persekolahan, Rita tidak terkecuali berkongsi momen-momen tersebut di laman Instagram miliknya. Aksi anak-anaknya di sebuah sekolah swasta di ibu kota dirakamkan dan dimuatnaik di ig Rita.
Bersama-sama kiriman gambar-gambar tersebut, Rita turut berkongsi kapsyen seolah-olah meluahkan rasa hatinya yang bersusah payah menanggung anak-anaknya tanpa bantuan orang lain. Menjadi ibu tunggal bukannya mudah, semua urusan rumah tangga diuruskan seorang diri. Oleh kerana itu, menurut Rita dia perlu bekerja keras supaya dapat memastikan keperluan dia dan anak-anaknya mencukupi. Dia merasa gembira kerana apa yang diperolehinya adalah hasil usahanya dan bukan atas bantuan orang lain ataupun ‘dibela’ oleh sesiapa. Membaca luahan rasa tersebut, netizen merasakan Rita Rudaini adalah wanita kuat kerana menanggung anaknya seorang diri. Ramai ibu-ibu tunggal yang menyokong kenyataan Rita serta memberikan kata-kata semangat kepadanya. CARI juga doakan semoga Rita Rudaini tabah menghadapi dugaan ini kerana dia tidak berseorangan, ramai ibu tunggal yang senasib dengannya ataupun mungkin nasib mereka lebih buruk.- CARI
|
jargon replied at 4-1-2018 03:18 PM
Betina garik ni mmg suka up status yg menambahkan acik bwg cerca org lain...cth komen atas tu perghh ...
Atata replied at 4-1-2018 03:23 PM
Dia ni kan hampir tiap post dia mesti akan ckp yg dia x da suami, dia ibu tunggal, dia single bla bl ...
ADVERTISEMENT