Dua bayi ditemui 'dibekukan hidup-hidup' di sebuah rumah di Ukraine. Memetik laporan Mirror, mangsa ditemui di dalam sebuah penyejuk beku di dapur.
Sebelum itu, seorang wanita berusia 34 tahun dikejarkan ke hospital di wilayah Kirovohrad. Menurut polis, wanita terbabit dalam keadaan lemah selepas melahirkan anak di rumah, namun enggan memberitahu pihak perubatan di mana bayinya berada menyebabkan pegawai bergegas ke rumahnya dan menemui mayat bayi di dalam penyejuk beku. Menurut laporan, mereka turut menemui seorang lagi bayi yang dilahirkan kira-kira setahun lalu. Mereka percaya kedua-dua mangsa dibekukan hidup-hidup. Difahamkan, wanita itu sudah berkahwin dan memiliki tiga lagi anak dan semuanya dalam keadaan sihat. Polis mengaitkan kes sebagai pembunuhan bayi baru lahir, namun pihak forensik masih melakukan siasatan sama ada mangsa masih hidup sebelum dibekukan. Menurut laporan, wanita itu masih dirawat di hospital. - CARI
|
18
Bagus |
24
Marah |
5
Terkejut |
14
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
DayangKirana: aduh...kesian.. kat ukraine....kes mak jadi pelacur la nie.. buang je lah rahim tuh.. takyah pregnant dah
ADVERTISEMENT