Memberi pendidikan kepada anak-anak adalah satu tanggungjawab yang perlu dilakukan ibu bapa tanpa mengira bangsa atau agama. Dan yang pastinya, ibu bapa sentiasa mencari peluang terbaik untuk pendidikan anak-anak hingga mereka sanggup berkorban apa sahaja, baik wang ringgit mahupun masa dan tenaga. Seorang doktor, Kamarul Ariffin Nor Sadan, sering berkongsi pelbagai cerita di tempat beliau bertugas dan setiap kisah itu mempunyai pengajaran tersendiri yang sangat bermakna buat para netizen. Baru-baru ini, Doktor Kamarul berkongsi pengalamannya bertemu seorang kanak-kanak bersama ibu bapanya yang datang ke hospitalnya untuk mendapatkan rawatan kerana demam pada hari pertama persekolahan.
Pada mulanya, Doktor Kamarul meneka kanak-kanak tersebut demam kerana teruja bermain di sekolah. Namun, ibu kanak-kanak itu memberitahu yang paling teruja sebenarnya ialah bapanya. “Saya tak pernah sekolah, doktor. Itulah kali pertama saya lihat macam mana murid belajar di sekolah. Itu yang saya seronok. Bukan sebab tengok cikgu,” tulisnya. Perkongsian Doktor Kamarul ini sangat-sangat memberi pengajaran bahawa seorang anak itu patut bersyukur dan berusaha bersungguh-sungguh ketika belajar kerana pengorbanan ibu bapa tidak ternilai. Bahkan, ramai netizen turut tersentuh dengan pengkongsian doktor ini. Dalam masa sama, ramai juga yang berkongsi pengalaman masing-masing tentang ibu bapa mereka. Mata masuk habuk! Hargailah jasa ibu bapa yang telah menyayangi dan menyekolahkan kita walaupun mereka dalam kesempitan. Jangan pernah malu dengan kekurangan ibu bapa, sebaliknya berbanggalah kerana mereka, anda di sini hari ini. - CARI
|
9
Bagus |
11
Marah |
2
Terkejut |
25
Sedih |
19
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 5-1-2018 05:34 PM
tak baiknya bini dia hina lakinya gitu..
kroit92 replied at 5-1-2018 04:35 PM
abaahhhh
*flashback*
kroit92 replied at 6-1-2018 12:35 AM
abaahhhh
*flashback*
jazaa100 replied at 6-1-2018 04:48 PM
Kau dah tadika 2thn pun harap mak ayah kau pimpin tgn masuk kelas?
missDollie replied at 6-1-2018 02:10 PM
Kahkah..hati kering betul parents kau..Tak macam parents aku.. dekat 2 minggu tunggu adik aku yang ...
ADVERTISEMENT