CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Aku Kena Kerja Barulah Suami Respect, Kalau Laki Kahwin Lain Pun Aku Boleh Survive.."

8-1-2018 10:45 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 7507| Komen: 25|Original author: Oleh: Whitney


Isu sama ada menjadi suri rumah atau wanita bekerjaya lebih baik memang tidak pernah sunyi malah sering diperdebatkan. Sehinggakan ia menimbulkan perbalahan dalam kalangan wanita.

Tapi apabila ada mulut-mulut yang menghasut dan mengatakan punca sang suami berpoligami adalah sebab si isteri tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah adalah keterlaluan. Kenyataan tersebut seperti tidak berasas. Hatta si isteri bekerja sekalipun jika si suami ingin buat onar, dia tetap dimadukan.

Intan Dzulkefli mengulas isu ini di laman facebooknya kerana masih ada netizen yang memandang rendah pada tugas seorang suri rumah. Dia tidak bersetuju apabila ada suri rumah yang dipoligami, mereka terus dipersalahkan kerana menjadi seorang suri rumah dan tidak bekerja.



Isteri yang menjadi suri rumah ni sanggup hidup dalam kekurangan. Mereka sanggup mengorbankan kehendak sendiri dan ikhlas menjaga suami dan anak-anak dengan baik. 

Janganlah disebabkan si isteri adalah seorang suri rumah, si suami bersuka ria pula dengan perempuan lain di luar. 


Ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat wanita ini. Suri rumah adalah tugas mulia dan tidak perlu diperlekeh. 
Lagi-lagi zaman sekarang ini, kebanyakan suri rumah sekarang mempunyai pendidikan dan ingin maju dalam kehidupan mereka dengan cara sendiri.


Betulkah suri rumah ni sebenarnya tidak mahu jadi suri rumah? Sebenarnya ada saja yang rela menjadi suri rumah kerana ingin menyediakan keperluan terbaik untuk suami dan anak-anak. 
Tapi sedih juga bila netizen ni dibeza-bezakan oleh mertua sendiri hanya kerana jadi suri rumah dan tak mampu nak hadiahkan benda mahal-mahal. Tak baik la kan macam tu. 


Kalau suami nak isteri yang jadi suri rumah tu cantik dan bergaya macam wanita bekerjaya, hulurkanlah sedikit duit pada isteri sebagai nafkah dan upah buat kerja-kerja rumah. Bolehlah si isteri melaram juga walau duduk kat rumah kan? - CARI 
5

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 8-1-2018 10:51 AM
terpulang nk buat apa

lelaki kalau dia main kayu tiga pun tak payah tunggu sebab

dia tunggu seru je

Quote kikuri 8-1-2018 11:06 AM
tayah tunggu jadi surirumah... kalo nak mencurang kawen ngan anak raja pon boleh nak mencurang jugak..
Quote naina 8-1-2018 11:14 AM
Kan.. Kalau dah gatal isteri kerjaya hebat bantu bayar itu ini lagi lah dia rasa "mampu" buka cawangan lain. So jangan bagi suami ni rasa senang dan banyak masa.
Nauzubillahiminzalik.
Quote de_ikea 8-1-2018 11:24 AM
Setuju. Dugaan perkahwinan datang dalam pelbagai bentuk. Kerja, tak kerja pun dugaan juga. Kena redha dan sabar sentiasa dan hormat pasangan dan masyarakat.
Quote Joannalee 8-1-2018 11:26 AM
Klu gatal , gatal je x kesah wife kerja ke x...  mmmhhh... kenapa byk Sgt org Ukas bende mcmni umpama jantan sekrg byk yg x Guna...  Klu x mampu nk bg makan minum Pakai anak org xpyh la kawen....
Quote krustykrab 8-1-2018 12:13 PM
tak baik duk buat fitnah kat housewives.....lelaki kalau dah gatal konek, bini keje ke tak keje, cantik mcm manap un tetap lah jgk nak tambah.
Quote cmf_premierleag 8-1-2018 12:48 PM
Intan Dzulkefli ni buat status fb utk penyedap hati jah
zaman skang org pompuan mesti kena ada income sendiri sbb kalo laki ko tak curang pun, dah kalo ajal dia dah sampai sbb strok/eksiden/kene bunuh etc, ko tetappppp kene ada income sendiri
sudah2 lah citer psl poligami ni
aku bukan nak menangkan kaum lelaki
tp hakikatnya ajal datang x kira masa
kalo si suami dah ajalnya sampai, and si isteri lak  x bekerja, mana lak nak dpt duit? zaman skang sume pakai duit...nak masuk kubur pun pakai duit
Quote beautifulliar 8-1-2018 03:07 PM
idakamaruddin replied at 8-1-2018 10:51 AM
terpulang nk buat apa

lelaki kalau dia main kayu tiga pun tak payah tunggu sebab

Chuolsss lama nya tak beramas mesra.kekekek.Meols ada kawan xkje pastu tok tua xsuko lg tp sheols sokmo laaa ckp xpe so far tok laki syg.Meols sokmo bgtau cari la keje syg at least ada income sndri,klo tok laki syg sekalipun arini,ari esok blom tentu lg.Ada income sndri sekurang-kurangnya tkde la tok tua sheols tu perlekehkan.Pastu sheols jgk yg salu mngeluh ssh nya tkde duit nk kesana sini ank2 lg berderet2 tggu ujung bln je tok laki duit tu pon utk blnja dapur tpaksa catu2 psl gaji laki sikit..Pastu meols ckp kt sheols idup je la mcm tu smpai bila2 klo rasa selesa.Tok laki sheols kategori sedap la jgk,spesis babi byk mnyondol kt luar..ditambah tok tua sheols sokmo buat mcm2 nk bg bercerai psl menantu xkje tu dipikir perabih duit ank jate je lah smpai xbg duit kat mak bapak.Padahal deme laki bini makan pn bercatu.Klo jd surirumah je hrp income laki je susah jgk.
Quote Meiizu 8-1-2018 04:03 PM
Edited by Meiizu at 8-1-2018 04:08 PM

housewife dlm islam  besar ganjarannya tu betul...itu agama tapi kluar hadis pnjng berjela pun tegok jugak laki nya mcamana
dah dari kecik mak bagi hidup senang
dah kawin bini tak keje apa ko ingat laki ko tak terbeban ??nmpk tak lelaki manja dgn tnggungjwb yg spatutnya depa sedia kan

stok2 housewife pun ada perangai jugak
korang yg pilih hidup tu tapi aku tgok kemain kerap merempan dlm socmed.
takde kawan ,  takdan kemas rumah, takdan berak, takde duit
up status dlm fb betapa mulia tak keje

dah korang wat status camtu...mau tak di balas career woman "kitorang dah le keje tapi ballik rumah kena jugak buat keje sama jugak dgn housewife, double work okeh" . "smua duk rumah sape nak jadi doktor, nurse??? lepas tu bising kat doktor lelaki psl aurat


sampai bila pun takde kesudahan






Quote Meiizu 8-1-2018 04:05 PM
cmf_premierleag replied at 8-1-2018 12:48 PM
Intan Dzulkefli ni buat status fb utk penyedap hati jah
zaman skang org pompuan mesti kena ada inco ...

yupp bukan sebb poligami semata
laki mati sape nak tolong
sedara blah laki sok sebok tuntut ada lah
Quote naina 8-1-2018 04:11 PM
cmf_premierleag replied at 8-1-2018 12:48 PM
Intan Dzulkefli ni buat status fb utk penyedap hati jah
zaman skang org pompuan mesti kena ada inco ...

Suruh husbnd tu buat insuran dan hibbah weh. Ada jaminan la ckit sementara nk cri keje klu mati mengejut. Sekarang byk org mati muda2.
Quote cmf_premierleag 8-1-2018 04:12 PM
Meiizu replied at 8-1-2018 04:05 PM
yupp bukan sebb poligami semata
laki mati sape nak tolong
sedara blah laki sok sebok tuntut ada  ...

kann sis
yg isteri2 yg tak bekerja tu, tolonglah pikir panjang
put aside psl isu poligami
kalo laki korang mati sbb ajal dah smpi (natural death/eksiden/kene bunuh etc)
masa tu la ipar duai mertua korang sume datang nak menuntut harta arwah
dah byk kes kaka baca kat bod sebelah sana tu psl bila laki mati, mertua nak bahagian dia,pastu kuar la citer2 psl mertua x sayang cucu la bagai etc etc
and zaman skang bukan senang majikan nak hire pekerja yg dah berumur (30s above and ada komitmen anak2)
majikan lebih prefer fresh grad sbb takde komitmen dan bleh fokus keje
even job market skang very competitive
kawan aku pun dpt laki kaya, dia pun x berani nak berenti keje  sbb dia pun pikir panjang.dibuatnya laki dia mati , mana nak cekau duit
so sapa2 yg dah ada keje bagus tu, toksah la gatal2 nak resign dgn harapan bleh jd SAHM
unless korang mmg dtg dr family yang kaya raya taraf jutawan


Quote misssakura 8-1-2018 04:15 PM
Sekurang2 nya kalo wanita bekerjaya yg kena madu or curang x terasa sgt. Wanita tu boleh survive dan berdikari. Lain kalo terkena pada suri rmh.  Bkn kata x boleh berdikari tp ambil masa sedikit utk melalui fasa susah tu.
Quote cmf_premierleag 8-1-2018 04:18 PM
Meiizu replied at 8-1-2018 04:03 PM
housewife dlm islam  besar ganjarannya tu betul...itu agama tapi kluar hadis pnjng berjela pun tego ...
smua duk rumah sape nak jadi doktor, nurse??? lepas tu bising kat doktor lelaki psl aurat
kheenn sis
pastu diorang ni la yg gigih memekak mcm la doktor lelaki tu hadap nak tgk pepek memasing ms tgh preknen tu..padahal buruk gila kut
pastu nak demand mcm2 taknak doktor lelaki la bagai
eh helo, beggars can't be choosy hokeh
kalo takde duit buat la cara takde duit sbb laki sengkek
kalo ada duit, gi arr spital swasta sana tuh..bleh la nak demand macam2


Quote bettyboops 8-1-2018 05:20 PM
Edited by bettyboops at 8-1-2018 05:21 PM

ni cerita kawan i..

lepas kawen resigned kerja.. nak focus kat husband, anak, household n whatsoever reasons.. gaji masa resigned can do jugak lah.. jenuh jugak lah family dia nasihat jangan berhenti kerja tapi nak buat macam mana.. laki dia suruh jugak with all the reason..

sekaliiiiii, laki selingkuh, kawen dengan intern kat ofis.. breakdown jugak lah kawan i ni.. mula-mula diam telan je lah apa yang laki dia dah buat.. tapi makin lama, laki jadi ignorance.. bercerai..

best part, bila kawan i file for harta sepencarian, ex husband cakap harta sepencarian hapekebenda.. dia bukan nyer kerja pun.. dia housewife.. where do the term harta sepencarian came from.. she can claim for it if she works n help d household too..

masa kitorang kawan-kawan ni dengar jantan ni cakap tu, salah sorang terus cakap statement kau macam orang tak tau pasal agama.. dasar vavie..

and advice i kat budak-budak office ni.. biarlah susah payah or senang lenang macam mana pun bila decide nak kawen, lepas kawen tolong lah jangan berhenti kerja.. nowadays, sad but true, money is always be part of life..





Quote giyomi 8-1-2018 06:02 PM
kerja ker tak, if jantan tak guna tu mengatal, maka mengatal dia nothing can stop his ciknek from erupting. jaman ni kita kena kerja, even if suami kaya, sebab klu terjadi sesuatu spt diatas, takder lah kita menagih simpati pd org lain, kita berdiri teguh dan teruskan perjuangan dgn kerjaya yg ada...tetiba ter emo lak I.
Quote cadarblogsot 8-1-2018 07:08 PM
As a wife should have own income... at least utk diri sendiri... biarlh susah bangun pagi siap itu & ini sblum kerja.. cukup bulan boleh senyum...
Quote hudalarva 8-1-2018 07:25 PM
Adik i sorang tu homemaker, bertahun2 meratap hiba nak keje opis makan gaji... adik sorang lagi yg keje opis pulak meratap nak jadi fulltime housewife... tapi syukurla takat ni takde pulak ura2 laki diorg nak menambah cawangan di ruangan gosipan wassap adik bradik... manusia ni tak akan pernah puas kan?
Quote Meiizu 8-1-2018 08:23 PM
bettyboops replied at 8-1-2018 05:20 PM
ni cerita kawan i..

lepas kawen resigned kerja.. nak focus kat husband, anak, household n whatsoe ...

dulu masa kelas agama
i mcm dgr ustaz ustazah  sentuh harta sepencarian sebab dia kira brapa RM kita contribute
pusing2 ckp memang sikitlah ..camne kita nak buktikan kalau dah smua bank in bayar duit rumah lelaki tu
dgn kerenah syariah court lagi jwp nya nasib wanita tak terbela (tanpa wang)

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.171634 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top