CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal Remaja Perempuan Ketika Cari Kerja

8-1-2018 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4437| Komen: 28

Seorang remaja perempuan meninggal dunia ketika sedang mencari pekerjaan di sebuah pusat perniagaan di Bahau, tengah hari semalam.

BH Online melaporkan, mangsa, Amiratul Hakimah Ismail, 18, dari Kampung Kasau, Batu Kikir, mengadu tidak sihat sebelum rebah tidak sedarkan diri.



Foto: BH Online

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, Amiratul bersama rakannya dihantar ibu bapanya ke situ pada jam 12.30 tengah hari.

"Tidak lama kemudian, mangsa memberitahu rakannya dia mahu pitam sebelum rebah. Dia kemudian tersedar selepas dikejutkan dan sempat memberitahu mahu muntah.


"Dia dipapah untuk duduk di kerusi berhampiran sebelum kelihatan tercungap-cungap dan tidak sedarkan diri," katanya.

Sebaik ambulans tiba, pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayat dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - CARI
6

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
5

Sedih
22

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 8-1-2018 01:27 PM
Allahu akbar..Innalillah. Salam takziah buat family. Semoga arwah tenang di sana.
Quote iloveselangor 8-1-2018 01:33 PM
Semput la ni.
Quote zulka 8-1-2018 02:15 PM
Allahuakbar, tak sarapan ni...
Quote prettyuglybabe 8-1-2018 02:18 PM
takziah.. memang ada sakit kot..
Quote paz 8-1-2018 02:21 PM
Allah, kasihannya.
Quote Simunggu 8-1-2018 02:28 PM
Inalillah...

kasian...kenapa jadi mcm ni??? susah sangat kah ....
Quote Otaku85 8-1-2018 02:40 PM
Byk sgt kes mati mengejut.
Quote chinta89 8-1-2018 03:54 PM
Allah... kesiannya.

Mak pak mesti terkejut sgt ni.

ape medical history dia?
Quote moonbug 8-1-2018 04:03 PM
Innalillah. Semoga keluarganya redha dgn pemergian anak
Quote budaktua 8-1-2018 04:51 PM
innalillah...

dari keluarga miskin ke..? kesian..
Quote vanillaninja 8-1-2018 05:11 PM
Innalillah, takziah buat family arwah.
Quote M.Rose 8-1-2018 05:13 PM
Sedih baca berita camni. Muda lgi
Quote onexox97 8-1-2018 05:14 PM
berapa tahun budak ni
innalillahiwainnailaihirajiun
Quote cap_ayam 8-1-2018 05:43 PM
Takziah buat keluarga..
Quote pyropura 8-1-2018 07:02 PM
Allah kesian nya, takziah buat family, semoga jannah tempat mu, dik
Quote pyropura 8-1-2018 07:02 PM
Allah kesian nya, takziah buat family, semoga jannah tempat mu, dik
Quote batmana 8-1-2018 07:55 PM
Edited by batmana at 8-1-2018 07:56 PM
Gadis meninggal dunia tiada unsur jenayah
NORAFIDAH ASSAN 7 JANUARI 2018
Gadis meninggal dunia tiada unsur jenayah
Amiratul Hakimah meninggal dunia di lokasi.
A- A+ (Ubah saiz teks)
BAHAU - Polis mengesahkan gadis yang meninggal dunia di sebuah pasaraya di Bahau tengahari tadi tiada unsur jenayah selain tidak mempunyai rekod penyakit serius.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata, gadis berusia 18 tahun itu dikenali sebagai Amiratul Hakimah Ismail beralamat terakhir di Kampung Kasau, Batu Kikir.

"Berdasarkan siasatan awal, gadis itu bersama rakannya ke lokasi untuk mencari pekerjaan dan dihantar oleh ibu bapanya.

"Sementara  menunggu, ibu bapanya ke lokasi lain sebelum menjemput kembali anaknya itu. Selepas selesai urusan lebih kurang jam 12.15 tengahari mereka bergerak ke luar pasaraya, namun gadis tersebut rebah.

"Rakannya membawanya duduk di kerusi panjang di hadapan pasaraya berkenaan, namun keadaannya semakin serius sebelum tidak sedarkan diri," katanya mengesahkan laporan, sebentar tadi.

Muhd Nur Hishamudin berkata, salah seorang pengunjung di pasaraya itu kemudiannya menghubungi ambulans, namun pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan gadis itu telah meninggal dunia.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gadis meninggal dunia selepas pengsan di pasaraya]

"Hasil siasatan awal, gadis ini tidak mempunyai sebarang rekod perubatan penyakit serius selain hanya mengalami gastrik.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut susulan tiada unsur jenayah dan kes diserahkan kepada Hospital Jempol untuk urusan seterusnya sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk proses pengebumian," katanya.

takziah pada famili adik ni
msti anak yg baik ni, gmba pn sopan aja, tk la cm budak wechat bagai
pi cari keje pn bteman nn kwn, mak ayah anta

Quote ulartedung 8-1-2018 08:10 PM
budak ni lemas sebab tk boleh nafas tersumbat muntah kut..kalau org tk sedarkan diri muntah bg mengiring ..takut orng ramai bg telentang dia
Quote ~boolean 8-1-2018 08:17 PM
Niat baik cari kerja...takziah untuk keluarganya...

Moga kita semua pun ditarik ajal dalam keadaan berniat baik..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.066556 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top