Jodoh itu sememangnya satu rahsia yang kita sendiri tidak tahu bila akan tiba. Tetapi, sebagai manusia kita boleh berusaha untuk mencari 'Si Dia'.
Jadi, tidak menjadi suatu kesalahan untuk wanita ini kongsikan di akaun Twitternya bahawa dirinya sedang mencari jodoh kerana masih bujang walaupun sudah berusia 32 tahun. Wanita yang tidak diketahui namanya ini berkongsi satu tweet yang menyatakan hasratnya untuk mencari teman hidup. "Sedang mencari kekasih dari seluruh dunia. Saya berusia 32 tahun dan masih belum berpunya. Tak tahulah di mana 'jodoh' saya berada sekarang atau 'orang tu' memang tak ada. "Saya mahu kehidupan normal seperti orang lain, sunyilah hidup solo begini!" tulisnya.
Tweet itu telah dikongsikan pada malam semalam dan sehingga kini mendapat pelbagai respon daripada netizen. Ada juga yang berbunyi seperti hendak mengusik wanita berkenaan selain mendoakan supaya wanita tersebut cepat bertemu jodohnya. Betulkah dah berusia 32 tahun? Ada juga netizen mempertikaikan usia wanita berkenaan kerana raut wajahnya kelihatan lebih muda dari usia. Ada yang meneka dia dalam lingkungan usia awal 20-an, namun hingga kini wanita tersebut tidak memberikan sebarang respon terhadap tweet itu. Tweet wanita tersebut turut mendapat respon daripada netizen negara jiran kita iaitu Indonesia. Wah ini betul-betul international. Eh, yang tengah baca ni berminat ke? Apapun, sabar sajalah ya kak. Mungkin belum tiba masanya bertemu jodoh. Bila dah bertemu jodoh nanti, jangan lupa jemput kenduri pula tau! - CARI
|
19
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
11
Sedih |
4
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fushimi: da banyak cara nak hilangkan bosan sisturrrrrpergi travel ke confirm ko tak sunyi sisturjangan hadap sangat nak berlaki takut satgi hang twis hang pun ...
prettyuglybabe replied at 8-1-2018 02:58 PM
esok dah jumpa laki pastu kawin rasa tak best cam mana?
cmf_premierleag replied at 8-1-2018 04:33 PM
register porem CARI, pastu bukak tred kat bod FD
naina replied at 8-1-2018 04:16 PM
Nampak mudala xpnh lawen dan beranak lagi. Pk diri sendiri jah..
mujer_in_espejo replied at 8-1-2018 07:23 PM
Kadang2 aku rasa takde jodoh je kat dunia nih.
Ramai org kata enjoy la selagi single! .. persoal ...
ADVERTISEMENT