Kebiasaannya bila beli roti anda pasti akan memikirkan untuk makannya dengan menyapu jem, peanut butter atau nak lebih sedap bakar dahulu dengan mentega bukan?
Ada juga yang suka buat roti sardin yang digulung kemudian digoreng tapi sedikit remeh kerana perlu masak dulu sardin, dan kena cari bread crumbs pula lagi. Baru-baru ini di dalam Group Facebook Masak Apa Hari Nie (MAHN) heboh diperkatakan berkenaan roti goreng salut tepung yang mudah lagi menyelerakan sehingga beberapa orang mula memuat naik hasil masakan mereka itu yang kelihatan seperti tukang masak profesional. Tak perlu garam, tak perlu telur tapi memang sedap dan menambat selera.
ROTI GORENG DUA BAHAN BAHAN-BAHAN: 1) Roti Putih (Tak kisah jenama apa pun) 2) Tepung goreng ayam ( Atikah guna Tepung Bestari, kalau suka pedas ambil spicy kalau ada anak kecil ambil original.) CARA MASAK: 1) Potong roti putih kecil-kecil macam gambar di bawah 2) Bancuh tepung goreng dengan sedikit air. Dah bancuh ambil roti yang dipotong kecil tadi dan celupkan ke dalam bancuhan tepung tadi 3) Kemudian ambil tepung yang tak dibancuh letak dalam pinggan lalu golekkan roti yang sudah dicelup dalam bancuhan tepung tadi 4) Panaskan minyak dan kemudian goreng roti tadi sehingga warna keemasan Mudah bukan? Apa lagi balik kerja nanti bolehlah cuba masak untuk suami dan anak-anak. Selamat mencuba! -CARI Kredit Resipi: Farah Atikah
|
13
Bagus |
6
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
abangadek replied at 15-1-2018 01:23 PM
tepung bestari ni takyah letak garam dh ke? iols tak pernah guna
jazaa100 replied at 19-1-2018 10:40 PM
Tak yah.....
Akk selalu buat....perap 20minit ayam dgn tepung bestari asli.....(bancuh dgn air) ...
abangadek replied at 22-1-2018 05:18 PM
owh gitu.. dorang kata tepung ni pedas nakmati.. iols tak pernah try so xtau apa rase
abangadek replied at 15-1-2018 01:23 PM
tepung bestari ni takyah letak garam dh ke? iols tak pernah guna
ADVERTISEMENT