Macam mana pasangan nak dapatkan zuriat? Apa petua dan kaedahnya? Alah, ini dah selalu sangat kita baca di mana-mana portal. Jadi, apa kata kita beralih pula kepada haiwan?
Berdasarkan Brilio.net, berikut adalah cara haiwan untuk menghasilkan anak. 1) Lebah madu Kehidupan dalam berhubungan boleh mengakibatkan alat kelamin lebah jantan meletup dan boleh mengakibatkan kematian. Besar juga ya pengorbanan lebah jantan ini! 2) Ular garter merah
Amboi, jangankan kita, ular pun 'bermadu' juga. Ianya akan berkumpul sehingga beratus-ratus bilangannya. Lantas, ular jantan yang akan mencari ular betina disebabkan daya tarikan seksualnya. 3) Zirafah Eh! Lain pula dengan zirafah. Zirafah jantan akan meminum air kencing zirafah betina terlebih dahulu bagi memastikan ianya dalam keadaan subur sebelum mula berhubungan. 4) Penguin Ini kisah percintaan jarak jauh pula! Mereka hanya bertemu setahun sekali. Bagi mengenalinya, penguin jantan akan mengeluarkan bunyi khas bagi disambut oleh penguin betina. Setelah bertelur, penguin jantan akan bertindak sebagai pelindung telur tersebut. 5) Ikan lumba-lumba Hah! Kali ini alat kelamin ikan lumba-lumba berfungsi seperti tangan pula. Ia dapat mengesan atau meraba objek berdekatan dengannya termasuk meraba penguin betina selepas berkahwin. Namun, ikan lumba-lumba jantan sering memaksa ikan lumba-lumba betina ketika mengawan. Lebih unik, mereka juga akan mengawan haiwan lain seperti kura-kura. 6) Ikan nemo Ikan nemo atau ikan inggu (clown fish) betina akan meninggalkan telur di batu karang bagi mencampurkan benih jantan ikan nemo ke atas telur tersebut. Apabila nemo betina mati, maka nemo jantanlah yang akan bertukar jantina kepada betina kerana ia mempunyai dua jenis alat kelamin. Oh! begitu pula kisahnya. Mesti anda tertanya-tanya, kenapa ayah Nemo dalam filem Finding Nemo tak bertukar menjadi 'ibu', kan? 7) Cicak berekor panjang Eh, sekejap! Cicak ekor panjang semuanya betina, tidak ada yang jantan. Habis, macam mana mereka berhubungan? Ha, kalau nak tahu dua mereka akan berhubungan sesama mereka dan menghasilkan telur masing-masing. 8) Gorila Gorila jantan akan berkahwin sebanyak lima hingga tiga puluh gorila betina. Seperti biasa, gorila jantanlah yang bersifat melindungi gorila betina dan tingal bersama. 9) Itik Khaki Campbell Tubuh itik ini sepanjang alat kelamin miliknya. Untuk apa ya alat kelamin sepanjang itu? Ia berguna bagi memikat dan memastikan itik betina tidak lari ketika sedang mengawan. Hai, macam-macam ya! 10) Kera Sebelum mengawan, kera jantan akan memikat hati kera betina. Selepas mencapai klimaks, lain pula jadinya! Kera jantan akan bertindak menyerang dan memukul kera betina pula. Pelbagai gelagat haiwan, kan? Yang pastinya setiap benda yang hidup pasti memerlukan pasangannya bagi memperoleh anak. - CARI |
11
Bagus |
12
Marah |
10
Terkejut |
20
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT