Itulah orang tua-tua pesan, minat tu biarlah berpada-pada, kan dah kena ‘sound’. Begitulah nasib seorang peminat setia pelakon Redza Rosli apabila mencipta konstroversi tanpa diundang. Semuanya bermula apabila tersebar gosip bahawa Ayda Jebat sering ke lokasi penggambaran Redza Rosli kerana cemburu. Cerita itu menjadi hangat apabila peminat mendakwa pihak produksi tidak mempromosikan watak utama drama tersebut iaitu Elvina Mohamad. Kehadiran penyanyi Ayda Jebat di lokasi drama Isteri Untuk Diiktiraf menimbulkan rasa tanda tanya kepada pengikut drama itu mengenai status pelakon wanita utama. Terbaru, produser Isteri Untuk Diiktiraf, Sheila Rusly memuat naik satu kapsyen di Instagram mendakwa merasa hairan mengapa ada pihak yang membangkitkan mengenai keberadaan Ayda di set tersebut sedangkan dia sebagai produser dan suaminya Jinggo selaku pengarah drama pun tidak mengatakan apa-apa.
Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram memberi komen bahawa dia menerima DM pertanyaan sama ada pelakon wanita utama Isteri Untuk Diiktiraf ialah Ayda Jebat dan bukannya Elvina Mohamad. Dia mendakwa, kekerapan Ayda di set penggambaran menyebabkan orang ramai keliru siapa sebenarnya pelakon utama drama itu. Seterusnya Sheila membalas komen peminat tersebut dengan mendakwa peminta tersebut tidak menyukai Ayda Jebat. Bagaimanapun, Redza telah bertindak di luar dugaan dengan menempelak pemilik akaun Instagram tersebut. Didapati peminat tersebut merupakan peminat setia Redza Rosli. Harap artis lain tidak meniru perbuatan ini. Artis boleh gunakan pendekatan yang lebih lembut tetapi tegas dalam menyuarakan pendapat. Tidak perlu menyakiti peminat, mereka adalah pengguna yang akan membeli dan menyokong produk anda. Jika begini layanan anda pada peminat, pasti bakat tidak ke mana. Peminat pun haruslah minat secara berpada-pada ya.- CARI |
1
Bagus |
15
Marah |
19
Terkejut |
1
Sedih |
10
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
K_Lily replied at 9-1-2018 03:55 PM
ehh... redza ni ensem di mata I...
kalau I jadi Ayda Jebat pun, I rajin sekodeng pakwe I kat set.
wadiunong replied at 9-1-2018 03:55 PM
iols notice sejak couple dgn AJ ni, RR ni dah banyak berubah jadi lebih poyo etc. iols dah lama unfo ...
ADVERTISEMENT