Penyanyi Aishah bengang bila mengetahui ada syarikat makanan tambahan mengambil kesempatan menggunakan nama dan wajahnya dalam mempromosi dan melarikan produk mereka. Juara Gegara Vaganza musim keempat itu terkilan dengan tindakan syarikat terbabit yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan tidak meminta keizinannya dulu. "Ini bukan kes salah faham tapi kes pandai-pandai gunakan gambar orang lain tanpa izin untuk promosi produk kamu. "Kalau peminat tak bagi tahu, senang-senang saja kamu gunakan gambar untuk melakukan (jual) produk itu," tulisnya di laman Instagram. Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 52 memuat naik status di Instagram, meluahkan rasa marahnya kerana wajahnya digunakan dalam iklan laman sosial. Dia juga menambah jika mahu melantik selebriti menjadi duta produk, mereka perlulah menyediakan kontrak yang sah. Tindakan memberikan produk percubaan bukan tanda seseorang selebriti itu terus sah menjadi duta kepada jenama tersebut. "Rupanya merata gambar testimoni saya ini. Korang suka-suka saja jaja nama saya buat testimoni palsu, dengarnya dari masa saya menang GV4. Ini kesalahan serius!. "Ini bukan fasal nafsu amarah, ini tindakan yang sepatutnya dibuat untuk membetulkan testimoni menipu tu. "Hampir sebulan iklan dimuat naik oleh entah berapa orang penjual. Memaafkan itu satu benda lain, tapi membetulkan info itu juga penting." Memang ramai orang yang pentingkan diri sendiri sekarang ni. Sabarlah Aishah. -CARI |
30
Bagus |
27
Marah |
31
Terkejut |
16
Sedih |
21
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
besarkecik replied at 9-1-2018 09:55 AM
go ecah!
aku pun mengamuk jugak bila gambar aku yang tersebar dekat tumblr.
lepas tu guna gambar a ...
syikin_akik replied at 9-1-2018 06:13 PM
http://npra.moh.gov.my/index.php/archives/press-release/1224-enyataan-akhbar-ketua-pengarah-kesihata ...
ADVERTISEMENT