Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau maut dicekik teman lelaki ibunya di sebuah rumah sewa di Permyjaya, miri.
Bernama melaporkan suspek adalah lelaki rakyat tempatan berusia 33 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, "Suspek berasal dari Kuala Lumpur, bekerja di sebuah kedai perabot di Piasau, Miri dan telah berjaya ditangkap pada petang ini juga," katanya dalam satu kenyataan malam tadi. Dev Kumar menambah, "Semasa rondaan dilakukan, kru anggota polis peronda terserempak dengan sebuah kereta Proton Iswara yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan di sebuah lorong berdekatan semak." Suspek berdiri di bahagian belakang kereta dengan but yang terbuka sebelum memecut lari dari tempat tersebut kerana ternampak kereta peronda polis. Kejar-mengejar berlaku sejauh 5KM sehingga Proton Iswara itu berhenti di simpang Pelabuhan Miri. Apabila but dibuka terdapat mayat seorang perempuan dan suspek terus ditangkap. Siasatan awal mendapati suspek adalah teman lelaki ibu mangsa yang turut tinggal dalam rumah yang sama. "Pada jam 11.00 pagi, telah berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa di mana suspek dipercayai telah mencekik mangsa sehingga mati dan suspek kemudian membawa mangsa dalam but kereta ke kawasan Kuala Baram untuk membuang mayat dalam kawasan semak apabila terserempak dengan kereta peronda," kata Dev. Ketika kejadian, ibu mangsa keluar bekerja manakala kakaknya telah pergi ke sekolah.- CARI
|
23
Bagus |
19
Marah |
9
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
woddy replied at 10-1-2018 10:49 AM
kesian....huhuhu
ADVERTISEMENT