Jepun sememangnya sebuah negara yang maju dan rakyatnya wajar kita contohi. Suatu ketika dahulu negara kita juga ada mengubal dasar dipanggil Dasar Pandang Ke Timur dimana kita menjadikan negara Jepun sebagai mentor dalam membangunkan Malaysia. Ini kerana rakyat Jepun sememangnya gigih bekerja dan sebagai orang asia, kita pun disarankan untuk mencontohi mereka. Namun dalam artikel ini kita akan merungkai sisi gelap negara jepun berkenaan penggunaan tatu dan budayanya.
Budaya bertatu pada asalnya adalah untuk para pekerja seks disana. Ia dikenali sebagai Irezumi. Irezumi adalah teknik memasukkan dakwat atau kandungan lain kedalam lapisan kulit. Ia bersifat kekal dan dimasukkan dengan menggunakan beberapa alatan tajam. Teknik ini sudah dapat dilihat semenjak dari era Zaman Neolitik Jepun lagi. Pada era pemerintahan kerajaan Edo, tatu juga digunakan untuk membezakan para penjenayah yang ada. Para pekerja seks disana menggunakan tatu untuk menunjukkan rasa romantik kepada pelanggan mereka. Contohnya nama pelanggan dan perkataan inochi (命) yang mana keseluruhan perkataan ini bermaksud “Aku mengabdikan kehidupan kepada (nama pelanggan)”- Ulasan dari Tsunagu Japan Pada era pemerintahan Meiji, bertatu sudah diharamkan sehingga mereka kalah pada Perang Dunia Kedua ketika mereka dikuasi Amerika. Pada ketika itu seni bertatu ini dibenarkan semula. Pada 1950-an, pemakaian tatu dikaitkan pula dengan organisasi jenayah terancang iaitu kumpulan Yakuza. Perkataan Yakuza adalah nombor dalam permainan judi iaitu hanafuda. Ya/ Hya (lapan), ku/kyu (Sembilan) dan za/ san (tiga). Tiga nombor ini kalau dicampurkan akan menjadi dua puluh yang merupakan nombor malang dalam permainan itu. Cara betul menyebutnya selain 'ya-ku-za' adalah 'hya-kyu-san'. Kesan pemakaian tatu turut terpalit dengan keganasan yakuza itu tersendiri. Ini menyebabkan para pemakainya akan mendapat imej yang buruk walaupun mereka bukan dalam kumpulan tersebut. Kesan diskriminasi ini menyebabkan banyak syarikat di sana tidak mengambil para pekerjanya yang bertatu dalam organisasi. Mereka juga pernah mengenakan peraturan bahawa hanya doktor sahaja yang boleh membuat tatu pada padan orang atas faktor kebersihan dan keselamatan. Pelik kan? Oleh kerana banyak diskriminasi dan perkara yang negatif dibawa oleh budaya pemakaian tatu ini, ianya semakin dilupakan. Oleh kerana untuk mahu memelihara budaya ini, seorang doktor dari Jepun bernama Dr. Fukushi telah mengumpulkan kulit-kulit badan bertatu di muzium untuk dipamerkan. Doktor Patologi dari Universiti Tokyo ini telah mendapat pelbagai penderma yang sanggup memberi kulit mereka selepas mati. Sehingga sekarang, ada lebih kurang 120 koleksi kulit bertatu di Muzium Perubatan Patologi di Universiti Tokyo. Ada dua cara pengawetan kulit itu dilakukan.
Kedengaran geli dan meloyakan bukan? Namun jangan terkejut ada sesetengah pihak melelong kulit mereka kepada pihak muzium mahupun pengumpul bahan-bahan seni. Ini kerana kulit bertatu dianggap hasil seni diatas ‘kanvas’ mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Sesi jual beli kulit sudah lama berlaku di negara luar sebenarnya. Mrozowski dari Poland telah melelong kulitnya sebanyak 75, 000 pound di Ebay bertujuan untuk memberikan anaknya kehidupan lebih selesa selepas mati. “Orang cakap yang saya ini gila, tetapi kita semua akan mati dan sebahagian mendermakan organ mereka dan aga juga tak berbuat apa-apa dengan badannya. Saya tak rugi apa-apa,” kata Mrozowski kepada Express. Di Malaysia pemakaian tatu hanya dibenarkan kepada golongan bukan Islam sahaja dan berdasarkan keperluan agama, budaya dan kepercayaan. Dalam organisasi seperti PDRM, orang berkeinginan tatu haruslah mendapat kebenaran pentadbiran sebelum bertatu terutama bagi masyarakat Iban. Mereka bertatu sebagai simbolik keberanian, kepahlawanan dan sebahagian upacara ritual. Sesiapa yang beragama Islam tetapi masih bertatu mengikut pandangan Islam adalah haram, seperti yang diwartakan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang dan Negeri Sembilan. Hujahnya ada dalam hadis sahih Bukhari bahawa Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan minta dibuat tatu. Kita tengok macam kes Abang Long Fadhil yang sudah insaf dari Singapura ini mempunyai tatu di mukanya. Ini normal kerana kita akan nampak mereka bertatu didalam masjid untuk bertaubat, tetapi yang tidak bertatu kini masih ramai tidak ke masjid. Apa nak jadi dengan dunia? -CARI
|
7
Bagus |
5
Marah |
6
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT