Siapa yang pernah ke Dubai? Mesti sempat selfie di Burj Khalifa yang disebut-sebut sebagai bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter atau 2,716.5 kaki kan? Nampak gayanya belum ada gedung lain yang mampu menandinginya setakat ini. Jadi, apa yang seronoknya dengan bangunan pencakar langit ini? Sama dengan KLCC, ada restoran, ‘shopping’, memanjakan diri di spa, tidur di hotel lima bintang tetapi di Burj Khalifa semua itu akan dinikmati dengan keluasan yang berganda-ganda besarnya. Nak tahu apa yang ekstravaganza nya? Ada 9 rekod yang perlu anda tahu : 1) Dah namanya pun tertinggi di dunia, jadi mestilah tingkatnya juga banyak iaitu 160 tingkat. Wow! Mengalahkan World Trade Centre di Amerika Syarikat yang pernah kecoh satu ketika dahulu. 2) Lif tercepat di dunia. Ini lagi syok sebab lajunya lif di Burj Khalifa mencapai 64 km/jam dan hanya satu minit diperlukan untuk ke tingkat 124 dari tingkat bawah. Boleh bayangkan betapa lajunya lif itu? Macam ‘roller coaster’ kah? 3) Pembelanjaan membinanya pula paling mewah iaitu 4.1 billion USD bersamaan RM16.4 Billion. 4) Beratnya sama dengan 100,000 ekor gajah. Manakala berat aluminium yang menampung Burj Khalifa pula setara dengan lima pesawat jenis A380. 5) Memerlukan 15 juta gelen air setiap hari iaitu sama banyak dengan 20 kolam renang standard olimpik. Manakala sistem penghawa dingin pula, hampir sama dengan mencairkan 10,000 tong ais setiap hari. Wow! Banyaknya. 6) Mengambil masa enam tahun untuk menyiapkannya dengan 30 pereka ternama demi mencipta kesempurnaan Burj Khalifa. 7) Ada 12,000 pekerja yang mencari nafkah di bahagian puncak Gedung Burj Khalifa. 8) Baharu saja mendapat penghargaan dunia setelah merayakan malam tahun baru dengan hiasan lampu yang menawan. 9) Memiliki taman yang luas kira-kira 15 hektar temasuklah 3,000 ruang parkir kenderaan di bawah tanah. Dengan segala tertinggi, terbesar, terluas dan termahal di Burj Khalifa ini pasti ramai yang mahu menyaksikan sendiri kehebatan pencakar langit ini. Atau jika tidak shopping sekalipun, dapat berselfie pun jadilah ya. - CARI |
9
Bagus |
8
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
14
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin: my boss br blk dr dubai dia ckp nk masuk sini bkn bole senang2 kecuali mmg pegi utk hi tea ke lunch ke tp saje2 nk jalan2 mmg x bolemasuk area dia pn ...
green~tea replied at 11-1-2018 06:23 PM
Bleh masuk ke level 12X atau 14X floor... bayaran lain2... bleh beli tiket tu online je... atas ...
babynina30 replied at 12-1-2018 03:52 AM
Vivy pi mkn nusret 2x. Why is it so freaking expensive ? Mkn apa situ ? Apa yg special nya ?
green~tea replied at 12-1-2018 08:08 AM
Their specialty yang lamb tu.. so juicy and soft.. i think yanh rm3.6k satu kepala tu pakej skali ...
ADVERTISEMENT